Telur Dadar Bayam Lipat

Telur Dadar Bayam Lipat
15 minit
recipe-cook-time
5 orang
Description
Keterangan Resipi

Telur Dadar Bayam Lipat yang mudah dan enak untuk dimasak di rumah. Bahan-bahan yang mudah dan penuh dengan rasa.

Ingredients
Bahan-bahan
½ biji Bawang Holland, dipotong dadu kecil
2 ulas Bawang putih, dicincang
1 ½ inci Lobak merah, dipotong dadu kecil
150 g Bayam, dipotong
½ biji Tomato, dipotong dadu kecil
1 ½ sudu kecil Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu


Bahan-bahan A: dikacau sebati

5 biji Telur
4 sudu besar Susu segar
1 ½ sudu kecil Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang Holland dan bawang putih sehingga naik bau. 
  2. Masukkan lobak merah, kacau sehingga separuh masak.
  3. Masukkan bayam dan tomato, kacau sehingga bayam lembut.
  4. Perasakan dengan Rasa Sifu™ dan ketepikan. 
  5. Tuangkan campuran telur ke dalam kuali, dan ratakan telur di permukaan kuali.
  6. Setelah telur sedikit masak, masukkan tumisan sayur dan ratakan di sebelah permukaan telur.
  7. Apabila telur sudah masak, lipat telur kepada dua.
  8. Sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Rasa Sifu® Recipes
Rasa Sifu® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg