Telur Hancur Bersama Tomato Dan Bayam

15 minit

5 Hidangan


Telur hancur yang lembut berkrim dengan aroma lada putih dicampur bersama tomato dan bayam segar. Sarapan yang sempurna untuk memulakan hari anda!

4 biji | Telur, bersaiz besar |
¼ cawan | Susu segar |
2 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
¼ sudu kecil | Garam |
1 sudu besar | Mentega |
¼ biji | Bawang kuning, dicincang |
1 biji | Tomato, dipotong dadu kecil |
30 g | Bayam, dipotong kasar |

- Pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan, masukkan susu segar, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan garam. Pukul sebati menggunakan pemukul telur sehingga sedikit berbuih. Ketepikan.
- Cairkan mentega di dalam kuali anti lekat yang telah dipanaskan, tumis bawang kuning.
- Kemudian masukkan tomato dan bayam, tumis selama 1 minit kemudian kecilkan api kepada api sederhana.
- Tuangkan adunan telur, kacau sehingga telur hampir masak. Tutup api.
- Hidangkan panas.


