Telur Kukus Bersama Ayam Cincang

Telur Kukus Bersama Ayam Cincang
30 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Hidangan ayam cincang goreng yang enak bersama telur kukus yang licin dan lembut. Hidangan harian yang mudah dan lazat. Sedap dimakan begitu sahaja atau dinikmati bersama nasi. Resepi yang mudah dan cepat.

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan: ayam cincang tumis

2 sudu besar Minyak masak
200 g Isi ayam cincang
½ sudu besar Kicap manis
1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
½ sudu kecil Minyak bijan
2 tangkai Daun bawang, dicincang

Bahan-bahan A: telur kukus

4 biji Telur
2½ cawan Air suam
1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
½ sudu kecil Garam
½ sudu besar Minyak bijan

 

Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging ayam kisar sehingga sedikit keperangan.
  2. Masukkan kicap manis, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan minyak bijan, kacau rata.
  3. Masukkan daun bawang, kacau rata kemudian tutup api. Ketepikan.
  4. Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan air suam perlahan-lahan sambil memukul telur. Tapis adunan telur, masukkan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan garam. Gaul sebati.
  5. Sediakan mangkuk kaca atau pinggan yang dalam. Tuangkan adunan telur dan masukkan ke dalam pengukus, kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
  6. Tuangkan minyak bijan dan ayam cincang yang telah digoreng di atasnya. Hiaskan dengan daun bawang.
Method
Tips

Masukkan air suam perlahan-lahan sambil memukul untuk mendapatkan tekstur telur yang licin dan lembut dan untuk memastikan telur tidak berketul.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg