Telur Stim bersama Tauhu Lembut

30 minit

5 Hidangan

Tekstur hidangan yang lembut dengan kaedah memasak yang sihat dan lazat sentiasa menjadi hidangan masakan rumah yang sempurna untuk orang tua dan kanak-kanak.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
100.4 kcal

Carbohydrate
2.86 g

Protein
8.6 g

Fat
6.18 g

Sodium
346.24 mg

3 biji | Telur |
1 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1/2 sudu kecil | Garam |
200 g | Tauhu lembut, didadu kecil |
2 biji | Cendawan shitake segar, didadu kecil |
40 g | Lobak merah, didadu kecil |
5 ekor | Udang, dibuang kepala dan kulit |
1 sudu kecil | Minyak bijan |

- Pukul telur bersama AJI-NO-MOTO® dan garam sehingga kembang.
- Masukkan tauhu, cendawan, lobak merah dan udang. Kacau rata.
- Kukus di atas api sederhana sehingga masak.
- Sedia dihidang bersama minyak bijan.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 22% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


