Resepi Tempura Sayur

Tempura Sayur
recipe-cook-time
6 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Jom cuba resepi Tempura Sayur ini untuk mengetahui tips menghasilkan tempura yang rangup dan sos cicahan yang mudah dan sedap.

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

1 cawan Tepung gandum
1 sudu besar Tepung beras
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
½ sudu kecil Garam
¾ cawan Air sejuk
1 biji Telur
Secukupnya Minyak masak
50 g Lobak putih, diparut

Bahan-bahan B:

100 g Lobak merah, dipotong memanjang
100 g Kacang buncis, dipotong serong
100 g Cendawan enoki
100 g Labu, dipotong memanjang
2 sudu besar Tepung gandum

Bahan-bahan C: sos

1 cawan Air
1 sudu besar Kicap cair
¼ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
2 sudu kecil Gula
1 sudu kecil Cuka masakan
½ sudu kecil Tepung jagung, dikacau dengan sedikit air
Method
Cara Menyediakan
  1. Untuk membuat adunan tepung tempura, campurgaulkan tepung gandum, tepung beras, AJI-NO-MOTO® dan garam.
  2. Campurkan air sejuk dan telur, kacau sehingga sebati.
  3. Satukan bancuhan tepung dan bancuhan telur, gaul sehingga separa rata.
  4. Satukan kesemua bahan-bahan (B) dan campurgaulkan bersama adunan tepung tempura. Pastikan kesemua sayuran disaluti bancuhan tepung.
  5. Panaskan minyak masak, goreng sehingga keperangan dengan api sederhana.
  6. Satukan semua bahan (C) kecuali bancuhan tepung jagung di dalam periuk. Didihkan sehingga kesemua bahan larut.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga pekat.
  8. Sedia untuk dihidang bersama lobak putih.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg