Tom Yam Spaghetti

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi

To watch the cooking video, please click

Tom Yam Spaghetti


Bahan-bahan:
½ peket (200g) | Spageti |
8 ekor | Udang Laut (dibelah tengah dan dibersihkan) |
3 ekor | Sotong (dibersihkan dan dipotong cincin) |
2 sudu besar (24g) | Perencah Tom Yam SERI-AJI® |
2 batang | Serai (dibelah dua dan ditumbuk) |
4 helai | Daun Limau Purut (dihiris halus) |
4 ulas | Bawang Putih (dicincang halus) |
2 biji | Cili Padi (dihiris halus) |
1 biji | Tomato (dibuang biji dan dipotong dadu) |
1 sudu besar | Sos Ikan |
½ cawan | Air |
Secukupnya | Gula, Garam dan Minyak Zaitun |
Bahan Hiasan:
Daun Ketumbar, Cili Merah, dan Limau Nipis

1.
Didihkan air dan masukkan spageti dengan sedikit minyak zaitun. Masakkan spageti sehingga lembut dan “Al Dente”.
2.
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan serai sehingga naik bau wangi.
3.
Masukkan sotong dan udang dan kacau sehingga masak. Diketepikan.
4.
Panaskan minyak zaitun dan masukkan semula serai.
5.
Tumiskan bawang putih, cili padi, sos ikan, dan Perencah Tom Yam SERI-AJI® sehingga naik bau.
6.
Masukkan air dengan spageti yang telah direbus.
7.
Kacau sebati dan perisakan dengan garam dan gula.
8.
Masukkan daun limau purut dan dadu tomato.
9.
Masukkan bahan-bahan makanan laut yang telah dimasak dan gaul sebati.
10.
Tuangkan di dalam pinggan dan hiaskan bersama hirisan daun ketumbar, cili merah, dan limau nipis.
11.
Tips: Perahkan sedikit asam limau sebelum menikmati hidangan ini bagi membangkitkan rasa pedas dan masam pada hidangan.
Disqus comment