Tomato Pedas dan Salsa Jalapeno

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Bahan-bahan:
500 g Tomato merah, dicincang
125 g Tomato, buang kulit dan dikisar
3 sudu besar Jalapeno dalam tin, dicincang (boleh digantikan dengan cili padi)
3 sudu besar Bawang merah, dicincang
60 g Ketumbar atau parsli, dicincang
2 sudu kecil SERI-AJI® Perencah Masak Merah(cairkan dengan 1 sudu besar air panas)
250 g Keju feta, diparut halus
3 sudu besar Minyak zaitun
2 sudu besar Cuka balsam
1½ sudu kecil Garam
1 sudu kecil Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
150 g Keju parmesan, diparut
Cara Menyediakan
  1. Dalam mangkuk sederhana besar, masukkan tomato, jalapeno, bawang, ketumbar atau parsli, campuran SERI-AJI® Perencah Masak Merah dan keju feta, gaul rata.
  2. Masukkan minyak zaitun dan cuka balsam, garam, Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® dan AJI-NO-MOTO®, hingga sebati.
  3. Tabur keju Parmesan yang telah diparut. Hidangkan dengan taco.

Kongsi Artikel Ini