Resepi Ubi Kentang Goreng Istimewa
5 orang
Tonton Video Memasak
Keterangan Resipi
Cubalah resepi Ubi Kentang Goreng Istimewa ini di rumah hari ini! Kentang goreng rangup di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam.
Bahan-bahan
5 biji | Ubi Kentang (direbus ¾ masak / dipotong bentuk kiub / Tambahkan sedikit AJI-NO-MOTO® dan garam) |
¼ biji | Bawang Holland (dihiris halus) |
¼ biji | Bawang Merah Besar (dihiris halus) – jika suka |
¼ biji | Bawang Holland (dipotong dan ditumbuk) |
4 ulas | Bawang Putih (dipotong dan ditumbuk) |
4 keping | Daun Ketumbar (dihiris) |
½ sudu besar | Udang Kering ( direndam / ditumbuk halus) |
2 biji | Cili Merah (dihiris halus) |
½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
Secukup Rasa | Garam |
Secukupnya | Minyak untuk menggoreng |
Cara Menyediakan
- Goreng kentang.
- Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang putih, bawang Holland (dihiris dan ditumbuk) dan udang kering sehingga naik bau.
- Masukkan kentang goreng, hirisan bawang Holland, hirisan bawang merah, cili merah dan daun ketumbar.
- Masukkan AJI-NO-MOTO® dan garam yang secukup rasa.
- Goreng sehingga masak.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes