Udang Berbalut Ubi Keladi

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi



Perkataan udang dalam Bahasa Cantonese ialah “Ha” yang membawa maksud senyum dengan gembiranya. Kami memperkenalkan masakan spesial ini (Udang dibalut dengan ubi keladi) dengan menggunakan Pati Ikan Bilis TUMIX®. Seronok semasa memasak, Enak semasa dimakan.

Bahan-bahan:
500 g | Udang (bersaiz sederhana), lebih kurang 15-16 ekor |
500 g | Ubi Keladi (dicuci dan dihiris nipis) |
4 biji | Telur Masin (masak dan setiap kuning telur dipotong empat) |
Sedikit | Tepung Ubi Kayu |
2 cawan | Minyak Masak |
Bahan-bahan A:
1¾ sudu teh | Pati Ikan Bilis TUMIX® |
1 sudu teh | Lada Putih atau Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® |
½ sudu teh | Serbuk 5 Rempah |
½ sudu teh | Gula |
50g | Kanji Gandum |
2 sudu besar | Minyak Masak |

1.
Kupas kulit udang. Kekalkan ekornya. Kelar dengan pisau di sepanjang belakang udang untuk mengeluarkan vena pusat yang berwarna gelap. Basuh, tus dan ketepikan.
2.
Letakkan ubi keladi dalam piring. Kukus hingga empuk.
3.
Bahagikan adunan doh kepada 16 bahagian (35g) setiap satu.
4.
Ambil satu bahagian adunan doh dan ratakan. Letakkan kuning telur di atasnya diikuti dengan seekor udang. Balutkan udang dengan ekornya masih terdedah. Taburkan sedikit tepung ubi kayu dan ketepikan.
5.
Ulangi langkah keempat sehingga doh, kuning telur dan udang habis digunakan.
6.
Tuangkan minyak masak ke dalam kuali dan panaskan dengan suhu sederhana. Masukkan udang berbalut ubi keladi dan goreng sehingga perang keemasan.
7.
Hiaskan dengan daun selada atau sayur segar.
Disqus comment