Udang Madu

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi



Penggemar udang di luar sana, dengar seruan kita. Kulit rangup dan isi lembut yang disiram sos manis dan pedas, tentu enak sekali. Ini adalah rasa Udang Madu yang berpandukan resepi rahsia dengan Perencah Lada Hitam SERI AJI®.

Bahan-bahan:
350 g | Udang berkulit |
1 tangkai | Daun bawang, dipotong seksyen |
50 g | Lada benggala merah, dipotong dadu |
1 biji | Bawang besar, dipotong dadu |
3 sudu besar | Tepung ubi kayu |
1 sudu teh | Minyak bijan |
Bahan-bahan perap A:
½ sudu teh | Perencah Masak Lada Hitam SERI-AJI® |
Serenjis | Garam |
Bahan-bahan perencah B: disatukan
2½ sudu besar | Madu |
2 sudu besar | Air |
1 sudu besar | Kicap cair |
1 sudu teh | Perencah Pati Ayam TUMIX® |

1.
Gaulkan bahan-bahan perap (A) dengan udang dan ketepikan.
2.
Lepas itu, salut udang dengan tepung ubi kayu. Goreng-celup hingga rangup, angkat dan ketepikan. Goreng bawang besar dan lada bengga selama beberapa saat, angkat.
3.
Tinggalkan 1 sudu besar minyak dalam kuali, tambah minyak bijan dan bahan-bahan perencah (B). Masak hingga berbiuh.
4.
Masukkan udang goreng tadi, bawang besar dan lada benggala ke dalam sos madu. Kacau-goreng dengan suhu tinggi hingga sos memekat.
Disqus comment