Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

Urap-urap Nangka

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Pal Sweet® TUMIX® Anchovy Stock
Ajinomoto Malaysia
Keterangan Resipi

Urap-urap Nangka

Bahan-bahan
Bahan-bahan:
3 sudu besar Minyak masak
½ cawan Kelapa parut
½ sudu besar TUMIX® Pati Ikan Bilis
150 g Nangka muda, rebus sehingga lembut dan hiriskan
100 g Taugeh, buangkan akar dan celur
80 g Kubis, potong dan celur
1 sudu besar Jus limau kasturi
1 paket Pal Sweet® Pemanis Rendah Kalori
Bahan-bahan A: dikisar halus
1 Cili merah
2 Cili padi
1 Bawang merah
1 ulas Bawang putih
½ sudu kecil Biji ketumbar
1 Buah keras
2 cm Daun cekur mani
2 cm Lengkuas
2 cm Kunyit
Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak, kacau goreng bahan-bahan A dan kelapa parut sehingga kering.
2. Tambahkan TUMIX® Pati Ikan Bilis dan kacau sekata.
3. Masukkan campuran kelapa dengan nangka, taugeh, kubis, jus limau kasturi & Pal Sweet® Pemanis Rendah Kalori dengan sekata.
4. Sedia untuk dihidangkan
Kembali ke Senarai Resipi
Ajinomoto Product