Resepi Vietnamese Gulung Ayam Teriyaki

Resepi Vietnamese Gulung Ayam Teriyaki
30 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Resepi Vietnamese Gulung Ayam Teriyaki adalah pilihan terbaik untuk mengubah selera anda. Hidangan lazat ini disempurnakan dengan penambah perasa AJI-NO-MOTO®

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

2 sudu besar Minyak masak
1 biji Bawang merah, dicincang
2 ulas Bawang putih, dicincang
½ inci Halia, dicincang
3 keping Isi peha ayam
¼ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
¼ sudu kecil Garam
1 ½ sudu besar Kicap cair
3 sudu besar Kicap manis
½ sudu kecil Minyak bijan
¾ cawan Air
1 sudu besar Tepung jagung, dicampur dengan sedikit air

Bahan-bahan B:

10 kulit Kulit popiah Vietnam
Secukupnya Air
5 helai Daun salad romaine, dibelah dua
½ biji Lobak merah, dihiris memanjang halus
½ biji Timun, dihiris memanjang halus
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak.
  2. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam, kicap cair, kicap manis, minyak bijan.
  3. Masukkan air. Didihkan.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sehingga pekat.
  5. Asingkan ayam dan tapiskan sos. Ketepikan.
  6. Hiriskan isi ayam.
  7. Celup kulit popiah dengan air, letakkan daun salad romaine, hirisan ayam, lobak merah dan timun. Balut kemas.
  8. Sedia untuk dihidang dengan sos.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg