Wanpaku Sandwic

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi

To watch the cooking video, please click

Cadangan hidangan: 4-5 orang

Wanpaku Sandwic

Bahan-bahan (A): perapan
4 sudu besar | Minyak zaitun |
5 sudu kecil | Jus lemon |
2 sudu besar | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
Bahan-bahan:
200 g | Lobak merah, dihiris |
200 g | Kubis ungu, dihiris |
5 keping | Isi peha ayam |
5 biji | Telur |
10 keping | Roti putih |
2 sudu besar | Mayonis |
10 keping | Daun salad romaine |
2 biji | Tomato, dihiris |
Peralatan tambahan:
Plastik pembalut makanan | |

1.
Gaul sebati bahan-bahan (A).
2.
Campurgaulkan lobak merah bersama 1 sudu besar bahan perapan (A). Ketepikan.
3.
Campurgaulkan kubis ungu bersama 1 sudu besar bahan perapan (A). Ketepikan.
4.
Perapkan isi ayam bersama lebihan perapan (A).
5.
Grill ayam sehingga masak.
6.
Gorengkan telur bersama sedikit minyak.
7.
Letakkan sekeping roti di atas plastik pembalut makanan.
8.
Sapukan sedikit mayonis, letakkan sehelai daun salad romaine, sedikit kubis ungu, sekeping isi ayam grill, 2 keping hirisan tomato, telur goreng dan sedikit lobak merah.
9.
Letakkan sehelai daun salad romaine dan tutup dengan sekeping roti yang disapu dengan mayonis.
10.
Tekan sandwich dan dibalut kemas.
11.
Potong sandwich ke pada dua bahagian dan sedia untuk dihidang.
Disqus comment