Resepi Wonton Goreng Sepetang
Tonton Video Memasak
Keterangan Resipi
Resepi Wonton Goreng Sepetang yang mudah dan ringkas ini boleh menjadi pembuka selera serta sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga. Semestinya sedap!
Bahan-bahan
2 bungkus | Kulit wantan |
650gm | Isi daging ayam (dicincang) |
400gm | Udang besar (dicincang) |
1 biji | Bawang besar (dicincang halus) |
8 ulas | Bawang putih (dicincang halus) |
½ batang | Lobak merah saiz sederhana (disagat halus) |
10 gm | Daun bawang (diracik) |
2½ sudu teh | AJI-NO-MOTO® |
Sedikit | Serbuk lada sulah |
2 biji | Telur putih |
2 sudu teh | Sos tiram |
Sedikit | Garam halus |
½ cawan | Air |
Secukupnya | Minyak masak (untuk menggoreng) |
Cara Menyediakan
- Campurkan isi ayam, udang basah, bawang merah, bawang putih, lobak merah, daun bawang dengan AJI-NO-MOTO®, lada sulah, sos tiram dan garam. Gaulkan sebati.
- Seterusnya tutup mangkuk dan perapkan selama 30-45 minit.
- Kemudian, balut 1 sudu the campuran isi ayam dengan kulit wantan.
- Panaskan minyak di atas api sederhana.
- Goreng wanton sehingga kekuningan.
- Akhir sekali, angkat dan toskan minyak.
- Hidangkan bersama mayonis atau sos cili.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes