Pai Sherpherd

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Bahan-bahan: inti daging
3 sudu besar Minyak masak
1 cawan Bawang besar cincang
2 batang Lobak merah, dipotong dadu
2 ulas Bawang putih, dipotong halus
400 g Daging kambing cincang
½ sudu teh Garam
1 sudu teh Perencah Masak Lada Hitam SERI-AJI®
2 sudu besar Tepung gandum
2 sudu teh Pes tomato
½ sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®, digaul dengan 250 ml air
1 sudu teh Sos worcestershire
2 sudu teh Daun rosemary
2 sudu teh Daun thyme
Bahan-bahan A: ubi kentang lenyek
500 g Ubi kentang
¼ cawan Krim
60 g Mentega
½ sudu teh Garam
½ sudu teh Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®
1 biji Kuning telur
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan lobak merah. Tambah bawang putih dan gaul sekata.
  2. Masukkan daging kambing, garam dan Perencah Masak Lada Hitam SERI-AJI®. Masak hingga keperangan.
  3. Taburkan tepung gandum dan kacau supaya daging disaluti tepung.
  4. Gaul masuk pes tomato, air bancuhan Perencah Pati Ayam TUMIX®, sos worcestershine, daun rosemary dan thyme. Kacau sebati.
  5. Didihkan dan masak 3-4 minit lagi.
  6. Untuk menyediakan ubi kentang lenyek, rebus ubi kentang hingga masak. Ketepikan.
  7. Panaskan krim dan mentega. Ketepikan.
  8. Lenyekkan ubi kentang, tambah krim, mentega, garam dan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®.
  9. Akhirnya, gaul masuk kuning telur.

Kongsi Artikel Ini