Sup Taufu Kim chi Pedas

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Ingredients:
1 sudu Minyak bijan
1 biji Bawang Bombay, dipotong dadu
2 sudu teh Pes cili Korea
1 batang (sederhana) Zucchini, dipotong dadu
1 cawan Kim chi, dipotong kasar
1 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX® (digaul dengan 3 cawan air panas)
1 sudu teh Kicap cair
1 peket Taufu lembut, dipotong kepingan tebal
5 biji Telur
2 helai Daun bawang, dipotong kasar
Secukup rasa Lada Berperisa AJI-SHIO®
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak, masukkan bawang Bombay dan tumis hingga naik bau.
  2. Tambah pes cili, diikuti dengan zucchini dan kim chi. Kacau-goreng selama beberapa minit. Tuangkan air Perencah Pati Ayam TUMIX® dan kicap cair. Biar mereneh selama 5 minit.
  3. Masukkan taufu (pastikannya tidak pecah), tekan secara ringgan supaya taufu direndam dalam sup.
  4. Bubuh telur tapi jangan pecahkan kuning telur. Senduk ke dalam mangkuk individu, taburkan daun bawang dan beberapa renjis Lada Berperisa AJI-SHIO®.

Kongsi Artikel Ini