Stimbot Sup Ayam & Tom Yam (“Ying Yong”)

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Bahan-bahan Sup Ayam:
21/2 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
1/2 sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®
21/2 liter Air
1 ekor Tulang Ayam (dipotong 4 bahagian)
300g Tauge Atau Sengkuang (dipotong 4 – 5 keping)
Bahan-bahan Sup Tom Yam:
1 paket (72g) Perencah Tom Yam SERI-AJI®
21/2 liter Air
1 ekor Tulang Ayam (dipotong 4 bahagian)
3 tangkai Serai (ditumbuk)
3 biji Limau Purut
2 biji Cili Padi (dibelah dua)
40ml Jus Limau

Cara Memasak:

  1. Sediakan dua periuk. Masukkan bahan-bahan sup ke dalam periuk masing-masing. Masak selama 45 minit.
  2. Kemudian, keluarkan tulang ayam. Reneh sup dengan api perlahan.
  3. Tuangkan sup ayam dan sup Tom Yam yang telah dimasak ke dalam periuk stimbot. Tambahkan bahan-bahan makanan mengikut kesukaan individu. Masak sehingga sup mendidih.
  4. Hidangkan dan nikmatinya dengan Sos Cili Kampung SERI-AJI®.
Bahan-bahan Sos Cili Kampung SERI-AJI®:
10 biji Cili Merah
6 biji Cili Padi
4-5 keping Halia
4-5 ulas Bawang Putih
3 sudu besar Sos Plum
1 packet (1 paket (12g) Perencah Nasi Goreng Kampung SERI-AJI® (Larutkan dengan 3 sudu besar air panas)

Cara Memasak:

  1. Kisar cili merah, cili padi, halia dan bawang putih.
  2. Kemudian, tambahkan sos plum dan larutan Perencah Nasi Goreng Kampung SERI-AJI®. Gaul hingga sebati dan hidangkan.

Kongsi Artikel Ini