Stim Dumpling

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

(5-6 sajian)

Bahan-bahan:
250 g Isi ayam
150 g Isi udang
50 ml Air
1 biji Cendawan shitake kering, direndam dalam air dan dipotong kecil
½ tangkai Daun bawang, dicincang
½ sudu besar Halia kisar
1 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
½ sudu besar Gula
½ sudu besar Sos tiram
¼ tsp Kicap pekat
1 packet Kulit pastri ‘Gyoza Jepun’
Cara Menyediakan
  1. Kisar ayam, udang dan air sehingga likat.
  2. Gaulkan semua bahan kecuali kulit pastri. Gaul hingga sekata.
  3. Ambil sedikit inti dan letak di atas kulit pastri, bentukkannya kepada bentuk ‘dumpling’.
  4. Stim selama 25 minit atau sehingga intinya masak.
  5. Sedia untuk dihidang.

Kongsi Artikel Ini