Udang Berbalut Ubi Keladi

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Bahan-bahan:
500 g Udang (bersaiz sederhana), lebih kurang 15-16 ekor
500 g Ubi Keladi (dicuci dan dihiris nipis)
4 biji Telur Masin (masak dan setiap kuning telur dipotong empat)
Sedikit Tepung Ubi Kayu
2 cawan Minyak Masak
Bahan-bahan A:
1¾ sudu teh Pati Ikan Bilis TUMIX®
1 sudu teh Lada Putih atau Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®
½ sudu teh Serbuk 5 Rempah
½ sudu teh Gula
50g Kanji Gandum
2 sudu besar Minyak Masak
Cara Menyediakan
  1. Kupas kulit udang. Kekalkan ekornya. Kelar dengan pisau di sepanjang belakang udang untuk mengeluarkan vena pusat yang berwarna gelap. Basuh, tus dan ketepikan.
  2. Letakkan ubi keladi dalam piring. Kukus hingga empuk.
  3. Lenyekkan ubi keladi yang telah dikukus. Tambahkan bahan-bahan A. Adunkannya sehingga menjadi doh.
  4. Bahagikan adunan doh kepada 16 bahagian (35g) setiap satu.
  5. Ambil satu bahagian adunan doh dan ratakan. Letakkan kuning telur di atasnya diikuti dengan seekor udang. Balutkan udang dengan ekornya masih terdedah. Taburkan sedikit tepung ubi kayu dan ketepikan.
  6. Ulangi langkah keempat sehingga doh, kuning telur dan udang habis digunakan.
  7. Tuangkan minyak masak ke dalam kuali dan panaskan dengan suhu sederhana. Masukkan udang berbalut ubi keladi dan goreng sehingga perang keemasan.
  8. Hiaskan dengan daun selada atau sayur segar.

Kongsi Artikel Ini