Sup Bebola Tepung Pulut Bersama Kulat Putih, Kurma Merah dan Longan

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

Sup Bebola Tepung Pulut adalah pencuci mulut tradisi golongan Cina yang sihat dan mudah untuk dibuat di rumah. Tunggu apa lagi? Mari cuba resepinya.

Cadangan Hidangan: 8-10 orang

Bahan-bahan A:
100 g Tepung pulut
100 g Keledek ungu, dikukus dan dikisar
80 ml Air
Bahan-bahan B:
300 g Tepung pulut
100 g Labu, dikukus dan dilenyek
Bahan-bahan C:
100 g Tepung pulut
100 ml Air
Bahan-bahan D:
3 liter Air
20 g Kulat putih kering, direndam selama 4 jam
24 nos Kurma merah
30 g Longan kering
2 keping Daun pandan, diikat
13 paket Pal-Sweet®
Cara Menyediakan
  1. Adun dan uli semua bahan-bahan bebola tepung pulut dalam bekas berasingan sehingga doh menjadi licin.
  2. Rol doh menjadi bebola kecil dan didihkan sehingga terapung.Tapis bebola tepung pulut.
  3. Satukan air, kulat putih kering, kurma merah, longan dan daun pandan. Didihkan.
  4. Tutupkan api dapur, tambahkan Pal-Sweet®. Gaul rata.
  5. Masukkan bebola tepung pulut kedalam sup dan sedia untuk dihidang.

Kongsi Artikel Ini