Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

For Active Individual - Front

Pencapaian utama dalam program-program kesukanan atau latihan memerlukan perancangan diet harian yang betul. Pengambilan diet yang sihat dan seimbang serta penyesuaian diri dan perubahan pada diet mengikut jenis sukan/latihan adalah amat penting bagi meningkatkan kesihatan diri dan prestasi kesukanan, sekaligus mengurangkan risiko kecederaan.

Perancangan diet mudah diatur jika seseorang itu mengikuti keperluan tenaga individu yang aktif. Jumlah tenaga yang sesuai bagi program-program kesukanan atau latihan adalah berdasarkan pada tiga (3) kategori intensiti, iaitu Rendah, Sederhana dan Intensiti Tinggi.

Laman resipi ini adalah untuk individu-individu yang aktif dan juga sedang mencari menu berkhasiat serta enak yang boleh disediakan dengan cara yang senang dan mudah.

Nasihat pemakanan secara peribadi oleh pakar pemakanan sukan/pakar diet sangat digalakkan bagi memastikan keperluan diet harian dipenuhi untuk menampung latihan.