Our Compliance with the SOPs of MCO

July 2021

Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) komited dalam mematuhi kesemua prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Susulan daripada lawatan Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, bersama pegawai dan anggota dari pelbagai agensi penguatkuasaan kerajaan ke AMB pada 2 Julai 2021, AMB mematuhi SOP PKP seperti menghadkan kehadiran pekerja secara fizikal dan pekerja-pekerja di pejabat mendaftar masuk menerusi aplikasi MySejahtera. Di dalam lawatan pihak berkuasa itu, segala pemeriksaan dijalankan secara lancar dan AMB mematuhi kesemua SOPs PKP. Pihak syarikat merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.

Ketahui maklumat lanjut mengenai usaha AMB dalam menangani pandemik COVID-19 di https://www.ajinomoto.com.my/bm/tentang-kami/ajinomoto-malaysia/pengumuman-penyataan-rasmi/our-response-to-covid-19

 

 

 

PIHAK PENGURUSAN
AJINOMOTO (M) BERHAD