Polisi Kami

Sebagai sebuah syarikat makanan yang terkenal di dunia, Ajinomoto (Malaysia) Berhad memberi jaminan bahawa semua produk kami mempunyai kualiti yang terbaik. Kami mengamalkan nilai-nilai murni dalam perniagaan kami dan mengekalkan prestasi yang berkualiti tinggi berdasarkan keperluan undang-undang antarabangsa dan tempatan.

Kami komited untuk melindungi dan menambah baik alam sekitar dalam semua bidang operasi syarikat. Kami juga berdedikasi untuk menyediakan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat kepada semua pekerja dan orang-orang yang terlibat dalam aktiviti dan operasi kami.