Untuk Warga Emas

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

elderly

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting untuk menentukan kesejahteraan warga emas. Kekurangan nutrien tertentu dalam kalangan warga emas berpunca daripada perubahan fisiologi yang tidak terkawal (seperti kemerosotan profil rasa, hilang selera makan, dan sebagainya) dan kurang pengetahuan nutrisi. Adalah tidak terlambat untuk memperbaiki tabiat diet mereka walaupun pada masa ini untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.

Penyelidikan saintifik berasaskan bukti telah membuktikan bahawa rasa asas ke-5, Umami mengurangkan pengambilan sodium di samping mengekalkan rasa makanan yang dinikmati oleh warga emas. Umami membantu dalam pencernaan protein dan melegakan 'mulut kering'. Kumpulan Ajinomoto bukan sahaja membantu orang untuk hidup lebih lama, tetapi juga hidup lebih sihat dalam usia tua mereka.

 

newsletter

 

newsletter

 

newsletter

 

Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) dan Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) telah bekerjasama pada tahun 2016-2018 untuk menganjurkan “Elderly Dietary Improvement Project”, dengan tema “Eat Well, Live Well Together with Umami”. Kerjasama ini melibatkan 105 warga emas dari dua buah rumah orang-orang tua.

Usaha kolaborasi ini bertujuan untuk mengurangkan kandungan sodium di dalam makanan yang dimasak di rumah, mempromosikan diet yang seimbang, dan meningkatkan selera makan serta kualiti hidup warga emas melalui rasa asas ke-5, Umami.

Beberapa aktiviti telah dijalankan seperti hidangan rendah sodium & seimbang dan memperkasakan tukang masak & pembantu dapur mengenai masakan yang sihat, kebersihan dapur, ceramah pendidikan & perkongsian dan pemeriksaan kesihatan berkala.

Sepanjang projek ini, 4 buah buku masakan dengan 112 menu (Bahasa Inggeris & Bahasa Cina) telah dihasilkan mengikut tabiat pemakanan warga emas, corak memasak pembantu dapur, bahan mentah yang tersedia dan status kewangan kedua-dua buah rumah orang-orang tua. Selain itu, purata pengurangan sodium didalam satu menu adalah 14-45%, perkumuhan sodium dalam air kencing telah menurun dengan ketara. Dalam pada itu, ianya juga telah menunjukkan pengurangan pembaziran makanan.

Projek ini telah dianugerahkan Anugerah Perak untuk Program Komuniti Terbaik pada Persidangan & Anugerah Global CSR Tahunan ke-9 dan Anugerah Tadbir Urus Baik Global 2017.

 

Pemeriksaan kesihatan oleh ahli IMU

Pemeriksaan kesihatan oleh ahli IMU

Pemeriksaan kesihatan oleh ahli IMU

Pemeriksaan mulut oleh ahli IMU

Dua versi buku masakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina telah dihasilkan

Hidangan disediakan oleh pembantu dapur

Hidangan disediakan oleh pembantu dapur

Set hidangan makanan telah dihidangkan untuk warga emas

Warga emas menikmati set hidangan yang seimbang dan berkhasiat

Warga emas menikmati set hidangan yang seimbang dan berkhasiat

AMB menerima Anugerah Perak untuk Program Komuniti Terbaik

Tukang masak telah dibimbing untuk mengukur perasa mengikut resipi