Are you a member yet?

Be part of this
exciting club for
more cooking tips
and activities for FREE!

Nasi Beriani

Cadangan hidangan: 4-6 orang

Bahan-bahan: kuah
3 sudu besar Minyak sapi
2 ½ sudu besar Rempah beriani
1 ½ paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Ayam 26 g
4 cawan Beras basmathi, direndam 1 jam & dituskan
½ cawan Susu cair
4 cawan Air
2 helai Daun pandan
4 titik Pewarna kuning, dicampur dengan sedikit air
2 tangkai Daun ketumbar, dipotong
2 sudu besar Bawang goreng
Bahan-bahan A: rempah
2 batang Kulit kayu manis
3 biji Bunga lawang
5 biji Buah pelaga
5 biji Cengkih
Bahan-bahan B: dikisar
1 biji Bawang kuning, dikisar
1 biji Tomato, dikisar
Method
  1. Panaskan minyak sapi, tumis bahan-bahan (A) sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan-bahan (B) dan tumis sehingga garing.
  3. Masukkan rempah beriyani dan SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Ayam 26 g. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan beras basmathi, susu cair, air dan daun pandan. Kacau rata.
  5. Masukkan kedalam periuk nasi elektrik, biarkan ia masak.
  6. Ketika nasi separuh masak, masukkan pewarna sedikit demi sedikit dan letakkan daun ketumbar. Biarkan nasi masak sepenuhnya.
  7. Hiaskan dengan bawang goreng dan sedia untuk dihidang.

Share this article