Are you a member yet?

Be part of this
exciting club for
more cooking tips
and activities for FREE!

Nasi Tomato

Cadangan hidangan: 8-10 orang

Bahan-bahan:
4 cawan Beras basmathi
2 sudu besar Minyak sapi
3 biji Bawang merah, dihiris
3 ulas Bawang putih, dihiris
2 batang Cili hijau, dibelah dua
1 biji Tomato, dipotong dadu
10 sudu besar Tomato puri
1 ½ paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Ayam 26g
4 cawan Air
½ cawan Susu sejat
1 tangkai Daun bawang
1 tangkai Daun ketumbar
2 sudu besar Bawang goreng
Bahan-bahan A: rempah ratus
2 batang Kulit kayu manis
5 biji Bunga lawang
5 biji Buah pelaga
5 biji Cengkih
1 helai Daun salam kering
Method

1. Cuci beras dan rendam selama 1 jam, tapiskan.
2. Panaskan minyak sapi, tumiskan rempah ratus (A) sehingga wangi.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili hijau. Tumis sehingga menjadi keperangan.
4. Masukkan tomato dan tomato puri, kacau sebati.
5. Perasa dengan SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Ayam.
6. Masukkan beras dan gaul rata.
7. Masukkan beras ke periuk nasi elektrik, tuangkan air dan susu sejat. Gaul sebati.
8. Biarkan sehingga nasi masak.
9. Taburkan daun bawang, daun ketumbar dan bawang goreng.
10. Sedia untuk dihidang.

 

Share this article