Talam Ubi Kayu
Lapisan Bawah
Ingredients
160 ml | Santan |
600 gm | Kayu ubi muda (parut dan ditapis dan buang airnya) |
160 gm | Gula merah (tambah 50ml air, kacau dan tapiskan ketulan) |
50 gm | Gula kastor |
½ sudu kecil | Emulco Coklat (untuk pewarna) |
1 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® (untuk menambahkan rasa ubi kayu) |
2 sudu besar | Tepung beras |
1 helai | Daun pandan |
Method
- Campurkan santan, gula kastor, gula merah, AJI-NO-MOTO® dan daun pandan. Masak dengan api yang kecil sehingga gula hancur. Tapis dan biarkan bancuhan menjadi sejuk.
- Letakkan plastik makanan (lut sinar) dalam loyang yang bersaiz 8” x 8” x 3”. Letakkan sedikit minyak di atas plastik tersebut.
- Panaskan pengukus. Kemudian, gaul bancuhan tadi bersama ubi kayu dan tepung beras dengan sebati.
- Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
- Angkat dan lapkan air kukus yang berlebihan dengan kertas dapur dan buat sedikit kelaran memanjang dan melintang pada permukaan lapisan ini.
Lapisan Atas
Ingredients
600 ml | Santan |
40 gm | Tepung Gandum |
70 gm | Tepung Beras |
Secukup rasa | Garam |
Method
- Campurkan semua bahan lapisan atas kecuali garam dan gaulkan. Tambah garam jika diperlukan.
- Tapiskan bancuhan dan masak dengan api yang kecil sehingga separuh pekat.
- Kemudian, tuangkan perlahan-lahan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit.
- Sejukkan talam ubi kayu selama sehari.
- Potong dan hidangkan.
Product Used for the Recipe
AJI-NO-MOTO® Recipes