cara_menyertai_ele
  • Beli mana-mana SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng bernilai RM3 ke atas di dalam resit tunggal dalam tempoh peraduan.
  • Ambil gambar bungkusan SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng berserta bukti pembelian dalam sekeping gambar.
  • Layari http://www.ajinomoto.com.my/ sahurcontest/, isikan borang dan muat naikkan gambar tersebut.

*Nota:

  1. Tertakluk kepada terma dan syarat peraduan.
  2. Pemenang perlu mengemukakan bukti pembelian asal semasa penebusan hadiah.
  3. Satu resit hanya layak untuk satu penyertaan sahaja.
  4. Peserta boleh menyertai peraduan ini lebih daripada satu kali dengan resit pembelian berlainan.
  5. Jika Peserta menyertai lebih daripada satu kali dengan resit pembelian yang sama, jumlah penyertaan akan dikira sekali sahaja.
jadual_pemenang
Hadiah Pusingan Pemenang Tempoh
Utama - 1 25hb Mac - 5hb Jun
(Baucar Emas Bernilai RM2,000)
Pertama Pertama 4 25hb Mac - 20hb Jun
(4 set Periuk Nasi Elektrik Serbaguna Tefal bernilai RM500 & 4 kad hadiah Petronas bernilai RM500) (2 set Periuk Nasi Elektrik Serbaguna Tefal bernilai RM500 & 2 kad hadiah Petronas bernilai RM500)
Ke-dua 4 1hb Mei - 5 hb Jun
(2 set Periuk Nasi Elektrik Serbaguna Tefal bernilai RM500 & 2 kad hadiah Petronas bernilai RM500)
Saguhati Pertama 10 25hb Mac - 7hb Apr
(Termos 250ml bernilai RM120) Ke-dua 10 8hb Apr - 21 Apr
Ke-tiga 10 22hb Apr - 5hb Mei
Ke-empat 10 6hb Mei - 19hb Mei
Ke-lima 10 20hb Mei - 2hb Jun

TERMA DAN SYARAT

  1. Peraduan SERI-AJI® akan berlangsung dari 25hb Mac 2019 hingga 5hb Jun 2019 (“Tempoh Peraduan”). Ajinomoto (Malaysia) Berhad (“Penganjur”) berhak untuk memendek atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima selepas Tempoh Peraduan akan terbatal secara automatik.
  2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat dan permastautin Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada 25hb Mac 2019, kecuali kakitangan Penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka, termasuk agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.
  3. Bukti pembelian (Resit) produk Penganjur diperlukan sebagai bukti penyertaan. Kegagalan mengemukakan bukti penyertaan atas permintaan semasa penebusan hadiah akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.
  4. Cara penyertaan:
    1. Beli mana-mana SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng bernilai RM3 ke atas di dalam resit tunggal dalam tempoh peraduan.
    2. Ambil gambar bungkusan SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng berserta bukti pembelian dalam sekeping gambar.
    3. Layari https://www.ajinomoto.com.my/sahurcontest, isikan borang dan muat naikkan gambar tersebut.
  5. Kelayakkan:
    1. Pemenang perlu mengemukakan bukti pembelian asal semasa penebusan hadiah.
    2. Satu resit hanya layak untuk satu penyertaan sahaja.
    3. Peserta boleh menyertai peraduan ini lebih daripada satu kali dengan resit pembelian berlainan.
    4. Jika Peserta menyertai lebih daripada satu kali dengan resit pembelian yang sama, jumlah penyertaan akan dikira sekali sahaja.
  6. Penyertaan
    1. Menerusi laman web dengan melayari https://www.ajinomoto.com.my/sahurcontest ATAU
    2. Berserta borang peraduan boleh dihantar kepada kakitangan kami yang bertugas ketika aktiviti “Bersahur bersama SERI-AJI®”.
    3. Penyertaan melalui pos tidak akan diterima.
  7. Jadual Pemenang:
    1. Pilihan pemenang untuk semua jenis hadiah akan dipilih secara cabutan bertuah.
    2. 1 Hadiah Utama
      1. i. Baucar Emas bernilai RM2,000
    3. 8 Hadiah Bulanan
      1. 4 set Periuk Nasi Elektrik Serbaguna Tefal bernilai RM500
      2. 4 kad hadiah Petronas bernilai RM500
    4. 50 Hadiah Saguhati
      1. Termos 250ml bernilai RM120
  8. Jadual Pemenang
    1. Hadiah Utama
      1. 25hb Mac 2019 hingga 5hb Jun 2019 (1 Pemenang)
    2. Hadiah Bulanan
      1. Pusingan Pertama – 25hb Mac 2019 hingga 30hb April 2019
        (4 Pemenang)
      2. Pusingan Kedua – 1hb Mei 2019 hingga 5hb Jun 2019
        (4 Pemenang)
    3. Hadiah Saguhati
      1. Pusingan Pertama – 25hb Mac 2019 hingga 7hb April 2019
        (10 Pemenang)
      2. Pusingan Kedua – 8hb April 2019 hingga 21hb April 2019
        (10 Pemenang)
      3. Pusingan Ketiga – 22hb April 2019 hingga 5hb Mei 2019
        (10 Pemenang)
      4. Pusingan Keempat – 6hb Mei 2019 hingga 19hb Mei 2019
        (10 Pemenang)
      5. Pusingan Kelima – 20hb Mei 2019 hingga 2hb Jun 2019
        (10 Pemenang)
  9. Para Pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon. Sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh dua puluh empat (24) jam yang berikutnya selepas panggilan pertama dibuat. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak memilih Peserta seterusnya sebagai pemenang yang layak. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang-pemenang yang layak tidak dapat dimaklumkan atas sebarang sebab.
    1. Seorang (1) Peserta layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Utama, satu (1) Hadiah Pertama dan satu (1) Hadiah Saguhati sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.
    2. Kesemua hadiah mestilah dituntut oleh pemenang sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut selepas enam puluh (60) hari tersebut akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.
  10. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan Peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat atau tidak dilampirkan gambar.
  11. Pihak Penganjur mempunyai hak automatik, di atas budi bicaranya untuk menyingkirkan, membatalkan kelayakan penyertaan yang tidak lengkap atau lewat atau penyertaan di mana mengikut budi bicara pihak Penganjur mempunyai pernyataan fitnah, melibatkan penjiplakan, melanggar (atau mungkin melanggar) hak cipta, tanda dagangan, atau hak intelek atau hak proprietari mana-mana entiti atau pihak, orang yang hidup atau meninggal dunia (termasuk hak-hak privasi atau publisiti atau perlambangan gambaran yang palsu).
  12. Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan hadiah dengan yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua jenis atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa percetakan. Semua hadiah diberikan dalam keadaan sedia ada.
  13. Para Peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini.
  14. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.
  15. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda. Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, kami menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan yang dinyatakan dalam Penyataan Privasi Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan untuk pemasaran atau promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya.
  16. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap peserta harus bersetuju untuk mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.
  17. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Syarat-Syarat dan Peraturan Peraduan ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan para peserta akan terikat kepada perubahan tersebut.
  18. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
Close Menu