PERADUAN "BERSAHUR BERSAMA SERI-AJI®" TERMA & SYARAT

Peraduan “Bersahur Bersama Seri-Aji®” ini dianjurkan oleh Ajinomoto Malaysia (‘Penganjur’). Peraduan ini akan bermula dari 8hb Mac 2021 sehingga 16hb Mei 2021 (“Tempoh Peraduan”).

Dengan menyertai dan mengambil bahagian dalam Peraduan ini peserta bersetuju dengan Terma & Syarat Peraduan ini. Penganjur berhak untuk meminda Terma & Syarat Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Tempoh Peraduan -
  1. Peraduan ini akan bermula dari 8hb Mac 2021 hingga 16hb Mei 2021 (10 Minggu).
Kelayakan -
  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dengan kad pengenalan yang sah kecuali kakitangan Pihak Penganjur, syarikat-syarikat gabungannya, pengedar, agensi pengiklanan dan syarikat promosi jualan serta ahli keluarga terdekat mereka.
  2. Bukti pembelian (Resit) produk Penganjur diperlukan sebagai bukti penyertaan. Kegagalan mengemukakan bukti penyertaan atas permintaan semasa penebusan hadiah akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.
Mekanisme Peraduan & Penyertaan -
Cara penyertaan:
  1. Beli mana-mana Perencah Seri-Aji® (Termasuk dua(2) paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng) bernilai RM5 ke atas di dalam satu(1) resit tunggal dalam tempoh peraduan.
  2. Ambil gambar bungkusan paket Seri-Aji® berserta resit bukti pembelian dalam sekeping gambar.
  3. Layari http://ajinomoto.com.my/sahurcontest, isikan borang dan muat naikkan gambar tersebut atau hantarkannya melalui WhatsApp di nombor +6011-1115 0803.
Penyertaan:
Pemenang dan Hadiah -
Pilihan pemenang untuk semua jenis hadiah akan dipilih secara cabutan bertuah dan rawak.
  1. Pemilihan pemenang:
    1. 5 Hadiah Utama
      1. 5x Wang Tunai bernilai RM1,000.00
    2. 50 Hadiah Bulanan
      1. 25x Kredit TnG E-Wallet bernilai RM100.00 setiap bulan - (Pemenang akan diumumkan setiap 1 bulan)
    3. 200 Hadiah Saguhati
      1. 40x Kredit TnG E-Wallet bernilai RM50.00 setiap dua minggu - (Pemenang akan diumumkan setiap dua(2) minggu)
  2. Jadual Pemenang:
    1. Hadiah Utama
      1. 8 Mac 2021 - 16 Mei 2021 [5 Pemenang]
    2. Hadiah Bulanan
      1. Pusingan 1: 8 Mac 2021 - 11 Apr 2021 [25 Pemenang]
      2. Pusingan 2: 12 April 2021 - 16 May 2021 [25 Pemenang]
    3. Hadiah Saguhati
      1. Pusingan 1: 8 Mac 2021 - 21 Mac 2021 [40 Pemenang]
      2. Pusingan 2: 15 Mac 2021 - 4 Apr 2021 [40 Pemenang]
      3. Pusingan 3: 5 Apr 2021 - 18 Apr 2021 [40 Pemenang]
      4. Pusingan 4: 19 Apr 2021 - 2 Mei 2021 [40 Pemenang]
      5. Pusingan 5: 3 Mei 2021 - 16 Mei 2021 [40 Pemenang]
  3. Pemenang akan diumumkan di laman sosial Hi Ajinomoto & laman web (https://www.ajinomoto.com.my/news-promotions) pada tarikh-tarikh berikut:
    • 26hb Mac 2021: Hadiah Saguhati [Pusingan 1]
    • 9hb April 2021: Hadiah Saguhati [Pusingan 2]
    • 23hb April 2021: Hadiah Saguhati [Pusingan 3]
    • 7hb May 2021: Hadiah Saguhati [Pusingan 4]
    • 16hb April 2021: Hadiah Bulanan [Pusingan 1]
    • 21hb May 2021: Hadiah Saguhati [Pusingan 5]
    • 21hb May 2021: Hadiah Bulanan [Pusingan 2]
    • 21hb May 2021: Hadiah Utama
Keputusan Penganjur ke atas pemilihan para pemenang adalah muktamad dan konklusif. Sebarang pertikaian tidak akan dilayan.
Nama Para Pemenang akan diumumkan melalui laman akaun Facebook & laman web Penganjur seperti yang dibawah -
Pemenang dan Hadiah -
Seorang (1) Peserta layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Utama, satu (1) Hadiah Bulanan dan satu (1) Hadiah Mingguan sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.
Pemenang Utama -
Para Pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon. Sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh dua puluh empat (24) jam yang berikutnya selepas panggilan pertama dibuat. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak memilih Peserta seterusnya sebagai pemenang yang layak.
Pemenang Bulanan & Saguhati -

Satu email mengandungi PIN E-Wallet Touch 'n Go akan dihantar kepada setiap pemenang Bulanan dan Saguhati. Jika email yang dihantar tidak dapat diterima atau melantun kembali kepada akaun pihak penganjur, para pemenang akan dihubungi melalui telefon oleh pihak penganjur bagi mendapatkan alamat email para pemenang yang baru. Sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh dua puluh empat (24) jam yang berikutnya selepas panggilan pertama dibuat. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak memilih Peserta seterusnya sebagai pemenang yang layak.

Pihak Penganjur tidak akan bertanggung jawab sekiranya pemenang-pemenang yang layak tidak dapat dimaklumkan atas sebarang sebab. Kesemua hadiah mestilah dituntut oleh pemenang sendiri dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut selepas tujuh (7) hari tersebut akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan Peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat atau tidak dilampirkan gambar.

Pihak Penganjur mempunyai hak automatik, di atas budi bicaranya untuk menyingkirkan, membatalkan kelayakan penyertaan yang tidak lengkap atau lewat atau penyertaan di mana mengikut budi bicara pihak Penganjur mempunyai pernyataan fitnah, melibatkan penciplakan, melanggar (atau mungkin melanggar) hak cipta, tanda dagangan, atau hak intelek atau hak proprietari mana-mana entiti atau pihak, orang yang hidup atau meninggal dunia (termasuk hak-hak privasi atau publisiti atau perlambangan gambaran yang palsu).

Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan hadiah dengan yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua jenis atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa percetakan. Semua hadiah diberikan dalam keadaan sedia ada.

Liabiliti & Tanggung jawab

Pihak Penganjur, syarikat-syarikat gabungannya, pengedar, agensi pengiklanan dan syarikat promosi jualan yang berkaitan dengan peraduan menafikan sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripada Peraduan ini dan tidak akan bertanggung-jawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan (termasuk tanpa had, kehilangan tidak langsung, khas atau akibat atau kehilangan keuntungan), perbelanjaan, kerosakan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami (sama ada yang timbul daripada mana-mana kecuaian orang atau tidak) yang timbul daripada sebarang penyertaan peserta dalam Peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah, kecuali bagi sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan daripada undang-undang (yang mana liabiliti tersebut adalah terhad kepada jumlah minima yang dibenarkan oleh undang-undang).

Lain - Lain
Dengan menyertai Peraduan ini, setiap Peserta bersetuju dengan Terma & Syarat Peraduan ini dan pihak Penganjur berhak untuk:
  1. Menerbitkan, menggunakan nama dan/atau foto-foto Peserta Layak dan/atau para pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti tanpa memberi bayaran atau notis terlebih dahulu dan seterusnya bersetuju bahawa dengan menyertai Peraduan ini, Peserta Layak dan/atau para pemenang mengenepikan semua hak yang berkaitan dengan foto yang mereka telah sertakan untuk peraduan ini.
  2. Peserta bersetuju bahawa semua hak milik intelektual dalam mana-mana kandungan dan/bahan yang dikemukakan, dibuat atau dicipta oleh Peserta berkaitan dengan Promosi dan sebarang hasil kerja terbitan yang timbul daripadanya secara kekal dan tanpa syarat akan menjadi hak, kepunyaan dan milik Penganjur. Penganjur berhak untuk menggunakan dan mengubah suai bahan atau hasil kerja sedemikian dalam apa cara sekalipun yang dianggap sesuai tanpa pampasan kepada Peserta dan Peserta mengetepikan segala haknya ke atas bahan atau hasil kerja sedemikian. Dengan menyertai dan mengambil bahagian dalam Peraduan ini peserta bersetuju dengan Terma & Syarat Peraduan ini.
Perlindungan Data - Notis di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (‘PDPA’)

Notis bertulis ("Notis") ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda diproses oleh atau bagi pihak Penganjur (Ajinomoto Malaysia). Tambahan lagi, dengan menyertai Peraduan ini, anda dengan ini mengizinkan pemprosesan data peribadi anda oleh Pihak Penganjur dengan cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Pihak Penganjur akan memproses data peribadi yang telah anda berikan kepada Pihak Penganjur seperti nama, nombor kad pengenalan peribadi, nombor hubungan, alamat dan maklumat lain yang kami hendaki daripada anda dalam borang Peraduan ini. Pihak Penganjur akan memproses data peribadi anda, termasuk sebarang maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kepada Pihak Penganjur, untuk tujuan mengendalikan peraduan dan menghubungi anda (jika perlu).

Data peribadi yang anda berikan kepada kami boleh didedahkan kepada penyedia perkhidmatan kami hanya untuk tujuan yang disebutkan di atas.