Are you a member yet?

Be part of this
exciting club for
more cooking tips
and activities for FREE!

Talam Ubi Kayu

Bahan-bahan Lapisan Bawah:
160 ml Santan
600 gm Kayu ubi muda (parut dan ditapis dan buang airnya)
160 gm Gula merah (tambah 50ml air, kacau dan tapiskan ketulan)
50 gm Gula kastor
½ sudu kecil Emulco Coklat (untuk pewarna)
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO® (untuk menambahkan rasa ubi kayu)
2 sudu besar Tepung beras
1 helai Daun pandan
Bahan-bahan Lapisan Atas:
600 ml Santan
40 gm Tepung Gandum
70 gm Tepung Beras
Secukup rasa Garam
Method

Cara Memasak Lapisan Bawah:

  1. Campurkan santan, gula kastor, gula merah, AJI-NO-MOTO® dan daun pandan. Masak dengan api yang kecil sehingga gula hancur. Tapis dan biarkan bancuhan menjadi sejuk.
  2. Letakkan plastik makanan (lut sinar) dalam loyang yang bersaiz 8” x 8” x 3”. Letakkan sedikit minyak di atas plastik tersebut.
  3. Panaskan pengukus. Kemudian, gaul bancuhan tadi bersama ubi kayu dan tepung beras dengan sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
  5. Angkat dan lapkan air kukus yang berlebihan dengan kertas dapur dan buat sedikit kelaran memanjang dan melintang pada permukaan lapisan ini.

Cara Memasak Lapisan Atas:

  1. Campurkan semua bahan lapisan atas kecuali garam dan gaulkan. Tambah garam jika diperlukan.
  2. Tapiskan bancuhan dan masak dengan api yang kecil sehingga separuh pekat.
  3. Kemudian, tuangkan perlahan-lahan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sejukkan talam ubi kayu selama sehari.
  5. Potong dan hidangkan.

Share this article