Mengenai Nutrisi Sukan

Pengenalan

about-sport-nutrition_1.jpg

 

Kumpulan Ajinomoto meneruskan sumbangan kepada pembangunan nutrisi sukan di Jepun sejak tahun 2003 melalui “Victory Project®”. “Victory Project®” menyokong aktiviti dengan memberi panduan mengenai nutrisi sukan dan penyesuaian asid amino untuk atlet terkemuka di kejohanan antarabangsa. Kumpulan Ajinomoto telah memperluaskan inisiatif ini ke negara-negara ASEAN yang lain menerusi ASEAN Victory Project®, yang melibatkan Ajinomoto (Malaysia) Berhad.

Selama lebih daripada satu abad, Kumpulan Ajinomoto meneruskan usaha untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui inovasi dan kepelbagaian produk. Sebagai contohnya, aminoVITAL™, produk asid amino rantai bercabang dan satu-satunya minuman jeli dengan asid amino di Malaysia.

Inisiatif Kumpulan Ajinomoto ialah untuk memberi sokongan kesihatan melalui kepakaran kami dalam Sains Amino dan untuk membina masyarakat yang lebih sihat dengan membantu mereka supaya mengamalkan pemakanan yang baik.

Dalam Kumpulan Ajinomoto, Ajinomoto (Malaysia) Berhad mengembangkan sokongannya dalam nutrisi sukan, untuk terus menyumbang kepada kemajuan dalam "makanan" dan "kesihatan" untuk orang awam dan juga untuk atlet tempatan dalam masa terdekat.

Ketahui Maklumat Lanjut Mengenai aminoVITAL®

Sports Nutrition Awareness Project

Pada tahun 2023, Ajinomoto (M) Berhad (AMB) telah memperluaskan "Sports Nutrition Awareness Project" di Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS).

Projek ini telah dimulakan bersama Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS) pada 2019 dengan sokongan tidak berbelah bahagi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diperluaskan ke Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) pada 2022.

Merujuk kepada objektif asas Projek ini adalah untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan atlet murid mengenai kepentingan nutrisi sukan, program bersiri seperti ceramah pendidikan, hidangan ‘Winning Meals Kachimeshi®’, poster dan perkongsian maklumat di portal digital yang dijalankan di SSMS, SSMP dan BJSS.

Matlamat utama projek ini adalah untuk menyumbang kepada kesejahteraan atlet murid dalam mencapai "VICTORY".

Diharapkan melalui kerjasama di antara KPM, sekolah sukan negara dan AMB, Projek ini akan terus memberi manfaat kepada lebih ramai atlet murid untuk pengambilan pemakanan yang seimbang dan sihat.

Projek disaksikan oleh VIP dari KPM, pasukan pengurusan dari SSMS dan AMB
Projek disaksikan oleh VIP dari KPM, pasukan pengurusan dari SSMS dan AMB
Ceramah pendidikan dikendalikan oleh pakar pemakanan.
Atlet murid aktif untuk menjawab kuiz semasa Ceramah Pendidikan
Sudut maklumat di kafeteria sekolah
Portal maklumat di kantin sekolah
Portal informasi di cafeteria sekolah
Atlet murid beratur untuk set makan tengah hari yang lengkap dan seimbang
Atlet murid sedang menikmati set makan tengah hari yang seimbang dan berkhasiat
Atlet murid sedang menikmati set makan tengah hari yang seimbang dan berkhasiat
Program 'Winning Meals Kachimeshi®'

Tentang Program 'Winning Meals Kachimeshi®'

 

Bagi memperluaskan kepakaran Ajinomoto Co. Inc. (Ajinomoto Co.) dalam asid amino di bidang pemakanan sukan, program ‘Winning Meals Kachimeshi®’ Ajinomoto di bawah ‘Victory Project’ telah diperkenalkan pada tahun 2003. Ajinomoto Co. telah bekerjasama dengan Majlis Sukan Jepun dan Jawatankuasa Olimpik Jepun dalam program sokongan pengkondisian untuk meningkatkan daya saing antarabangsa atlet Jepun dengan makanan berkhasiat dan asid amino. ‘Victory Project’ tersebut telah memberi manfaat kepada atlet terkemuka Jepun dalam memberikan keputusan cemerlang dan mencapai kemenangan dalam kejohanan tempatan serta antarabangsa.

 

kachimeshi_logo-500px.png

 

Kini, idea program pemakanan sukan ini telah diperluaskan ke Malaysia melalui ‘ASEAN Victory Project’ menerusi kerjasama bersama atlet dan sekolah sukan kebangsaan terkemuka dalam mencapai kemenangan demi kebanggaan negara.

Konsep program ‘Winning Meals Kachimeshi®' adalah untuk menyokong prestasi cemerlang para atlet melalui pemakanan sukan yang betul dan makanan tambahan berasaskan asid amino.

 

Apakah itu ‘Winning Meals Kachimeshi®’

 

ajinomoto

 

Di Jepun, Kachimeshi, iaitu “Makanan Juara”, adalah program nutrisi pemakanan sukan yang menyokong pengkondisian dan pembinaan badan atlet bertaraf tinggi menggunakan kelebihan asid amino.

‘Winning Meals Kachimeshi®’ menyediakan nutrien yang diperlukan oleh atlet dan individu yang aktif untuk membekalkan tenaga dalam badan dan memaksimumkan prestasi tubuh badan mereka semasa latihan atau pertandingan.

 

Konsep Asas ‘Winning Meals Kachimeshi®’

 

Program pemakanan ini menengahkan keperluan nutrisi penting bagi berat badan berdasarkan “Makan untuk apa” (Untuk apakah saya makan?), BUKAN “Apa untuk dimakan” (Apa yang saya perlu makan?).

3 hidangan makanan yang seimbang dalam sehari bersertakan 1 snek tambahan harus di ambil pada waktu yang bersesuaian bagi merealisasikan matlamat para atlet.

 

Teknik ‘Winning Meals Kachimeshi®’

 

Winning Meals 'Kachimeshi®’ menekankan kepentingan pengambilan makanan yang seimbang untuk membina, menggerakkan dan Menyusun badan.

ajinomoto

 

Strategi 5-Bulatan merupakan cara termudah untuk menyediakan set hidangan yang seimbang untuk atlet dan ini adalah Persediaan Asas untuk Winning Meals 'Kachimeshi®’.

 

ajinomoto

 

Perkara Utama dalam Menu ‘Winning Meals Kachimeshi®’

 

Terdapat tiga perkara utama bagi mengamalkan ‘Winning Meals Kachimeshi®’

 

ajinomoto

 

Adalah disyorkan untuk mengambil sup yang dilengkapi dengan rasa Umami (asid amino) yang lazat pada permulaan hidangan.

 

ajinomoto

 

Kachimeshi®

Mulakan gaya hidup sihat anda dan nikmati ‘Winning Meals Kachimeshi®' semasa sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Dapatkan lebih banyak inspirasi untuk memasak ‘Winning Meals Kachimeshi®' anda sendiri menggunakan resipi Individu Aktif kami!