Laksa Utara
60 minit
10 Hidangan
Keterangan Resipi
Kuah Laksa berasaskan ikan yang kaya dengan rasa umami, manis, masam dan pedas. Rasa makan yang seimbang dapat membuatkan anda makan lebih.
Bahan-bahan
Bahan-bahan: Kuah Laksa
10 ekor | Ikan kembung, direbus, dibuang tulang dan isi diasingkan |
50 g | Pes asam jawa, dibancuh dengan ½ cawan air |
2.5 liter | Air |
5 keping | Asam keping |
5 tangkai | Daun kesum |
2 batang | Bunga kantan, dibelah 4 |
½ sudu besar | AJI-NO-MOTO® |
1 sudu besar | Garam |
1 sudu besar | Gula |
Bahan-bahan A: Pes Kuah (dikisar)
30 tangkai | Cili kering, dibuang biji, direbus and ditos |
8 biji | Bawang merah |
10 tangkai | Cili merah |
2 inci | Lengkuas |
1 inci | Belacan |
1 batang | Serai |
500 ml | Air |
Bahan-bahan B: Sampingan
1 kg | Mee laksa, dicelur dan ditos |
5 biji | Telur rebus, dibelah 2 |
2 biji | Bawang besar, dihiris nipis |
2 batang | Timun, dihiris nipis 3 inci |
4 biji | Cili padi, dipotong |
5 biji | Limau nipis, dipotong 5-6 |
Cara Menyediakan
- Kisar isi ikan kembung bersama 500ml air dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian kisar tulang ikan bersama 200 ml air, tapis dan tuang ke dalam periuk yang sama. Buang tulang.
- Masukkan bahan kisar (A), bancuhan asam jawa, air, asam keping, daun kesum dan bunga kantan, rebus dengan api sederhana. Kemudian reneh selama 20 minit.
- Perasa dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula. Kacau rata.
- Sediakan mee laksa dalam mangkuk, tuangkan kuah laksa dan letakkan bahan-bahan sampingan.
- Sedia untuk dihidangkan.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes