Nasi Goreng Cina

Resepi Nasi Goreng Cina Original
recipe-cook-time
5 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang lazat, tetapi antara yang paling popular di Malaysia ialah Nasi Goreng Cina. Hidangan makan pagi yang sedap dan mudah dengan resepi Nasi Goreng Cina yang menyelerakan apabila dihidangkan ketika panas.

Cara masak nasi goreng cina adalah dengan menggoreng nasi bersama telur, isi ayam, udang, lobak merah, dan kacang panjang. Bahan-bahan Nasi Goreng Cina biasanya digoreng dengan cepat menggunakan api yang tinggi.

Ingredients
Bahan-bahan
6 sudu besar Minyak Masak
200 g Isi Ayam, dipotong kecil
15 ekor Udang
50 g Lobak Merah, dipotong dadu
50 g Kacang Panjang, dipotong kecil
2 biji Telur
3 ½ cawan / 550g Nasi Putih
1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Cina 26g
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak.
  2. Gorengkan ayam, udang, sayuran dan telur.
  3. Tambahkan nasi dan taburkan 1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Cina® 26g.
  4. Kacau-goreng hingga sekata. Hidangkan ketika panas.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Seri-Aji® Yangchow Fried Rice Recipes
Seri-Aji® Yangchow Fried Rice Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg