"One Pot" Nasi Makanan Laut

One Pot Seafood Rice
30 minit
recipe-cook-time
4-5 Servings
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Resipi ini diilhamkan oleh makanan Itali yang terkenal iaitu Paella. Resipi One Pot Nasi Makanan Laut ini disediakan dalam satu periuk yang sesuai untuk selera rakyat Malaysia. Resipi ini senang dan sedap dengan rasa makanan laut untuk semua penggemar makanan laut.

Ingredients
Bahan-bahan
½ cawan Minyak masak
1 biji Bawang merah, dicincang
3 ulas Bawang putih, dicincang
½ biji Lada Benggala Merah
1 biji Tomato, dipotong dadu
Secubit Serbuk kunyit
2 cawan Air
1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis 26
1 ½ cawan Beras
5 ekor Udang
2 ekor Sotong, dipotong
20 ekor Kepah
10 batang Kacang buncis, dipotong dadu
2 tangkai Daun Ketumbar, dihiris
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih, lada benggala merah dan tomato sehingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kunyit dan kacau sebentar.
  3. Tuangkan air dan perasakan SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis.
  4. Masukkan beras dan ratakan.
  5. Susun makanan laut di atas beras dan masak seperti biasa.
  6. Taburkan kacang buncis dan daun ketumbar. Tutup periuk selama 10 minit. 
  7. Sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Seri-Aji® Anchovy Flavour Fried Rice Recipes
Seri-Aji® Anchovy Flavour Fried Rice Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg