Sup Ubi Bit
Keterangan Resipi
Sup Ubi Bit
Bahan-bahan
Hidangan A:
200 g | Ubi bit |
120 g | Kentang |
50 g | Sayur kubis |
30 g | Daun saderi |
650 ml | Air |
Sedikit | Parsli, dicincang |
Hidangan B:
1 sudu besar | Minyak masak |
100 g | Cendawan butang putih, dihiris |
80 g | Susu segar |
½ sudu kecil | Perencah Umami AJI-NO-MOTO® |
½ sudu kecil | Lada Berperisa AJI-SHIO® |
Cara Menyediakan
- Potong kesemua sayur-sayuran (A) kepada ketulan kecil.
- Kukus ubi bit dan kentang selama 20 minit atau sehingga menjadi lembut.
- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan sayur kubis dan daun saderi, goreng hingga wangi, keluarkan.
- Masukkan ubi bit dan kentang yang telah dikukus, kubis dan daun saderi yang telah digoreng ke dalam pengisar. Kisar bersama air untuk membentuk puri.
- Masukkan kepada kuali, masak bersama cendawan butang dan susu.
- Perasakan dengan Perencah Umami AJI-NO-MOTO® dan Lada Berperisa AJI-SHIO®, biarkan reneh seketika, kemudian padamkan api.
- Tabur parsli dan hidangkan.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes