Burger Daging ‘Homemade’ Bersama Sos Perang Lada Istimewa

Burger Daging ‘Homemade’ Bersama Sos Perang Lada Istimewa
30 minit
recipe-cook-time
6 hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Ingin memiliki burger serta sos perang berlada yang unik buatan tangan anda sendiri? Tekstur dan kelembutan gabungan burger daging dengan sos perang pedas beraroma pasti akan membuat perbezaan yang besar daripada burger yang lain, ia pasti akan dikagum oleh orang lain. Cubalah hari ini!

 

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan:

60 g Marjerin
6 biji  Roti burger bun, dibelah 2 dan disapu marjerin
Secukupnya Mayonis
3 helai Daun selada, dibahagi 2
12 keping Hirisan tomato
Secukupnya Sos lada home-made 


Bahan-bahan: Burger Daging ‘Homemade’ 

800 g  Daging kisar
½ sudu kecil Serbuk jintan manis
2 ulas Bawang putih, dicincang
2 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
2 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
1 biji Bawang kuning, dicincang
1 biji Telur, dipukul
5 sudu besar Serbuk roti


Bahan-bahan: Sos Perang Lada Istimewa 

70 g Mentega
50 g Tepung gandum
1 biji Bawang kuning, dicincang
2 sudu kecil     AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa  
1½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
2 cawan Air
½ sudu besar Kicap pekat
Method
Cara Menyediakan

Cara menyediakan: Sos Perang Lada Istimewa

  1. Cairkan 50g mentega di dalam kuali yang telah dipanaskan kemudian masukkan tepung gandum. Masak sehingga keperangan dan berbau kekacang. Ketepikan.
  2. Cairkan baki mentega dan masukkan bawang kuning. Tumis sehinga kekuningan. Masukkan air dan kicap pekat. Gaul rata. 
  3. Masukkan campuran tepung tadi, kacau rata sehingga mencapai konsistensi kepekatan yang diingini dan perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Berperisa.

Cara menyediakan: 

  1. Gaul rata daging kisar bersama serbuk jintan manis, bawang putih, AJI-SHIO® Lada Berperisa and AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. 
  2. Masukkan bawang kuning, telur dan serbuk roti. Gaul rata. 
  3. Timbang adunan kepada 135-140 g setai satu dan bentukkan adunan daging kepada bentuk bulat.
  4. Bakar roti burger sehingga keperangan kedua belah. 
  5. Pada roti burger bahagian bawah, paipkan mayonis, letakkan daun selada, burger daging, Sos Perang Lada Istimewa, dan hirisan tomato. Letakkan roti burger bahagian atas.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg