Idea Resipi Sayur-Sayuran yang Sihat dan Mudah Disediakan

 

Adakah anda makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi setiap hari?


Kebanyakan masa, buah-buahan dan sayur-sayuran tidak diutamakan dalam rutin makanan harian kita.


Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 mendapati bahawa hampir semua (95%) orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas mengambil kurang dari lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. [1]
Kebanyakan masa, kita memilih hidangan daging atau hidangan berasaskan protein untuk d

igandingkan dengan hidangan nasi/bijirin yang mempunyai kandungan Sayuran atau buah-buahan yang sedikit atau langsung tiada.
Tabiat ini harus diubah kerana diet yang tidak seimbang akan menyebabkan kekurangan nutrien penting. Terutama dalam keadaan pandemik ini, adalah penting untuk mempunyai nutrien yang mencukupi untuk mengekalkan sistem imuniti yang baik untuk mengelakkan penyakit-penyakit kronik dan melawan virus seperti COVID-19.


Untuk buah-buahan, kita boleh memakannya secara langsung atau boleh juga dijadikan jus yang enak.


Tetapi bagaimana pula dengan hidangan sayur-sayuran?


Jika anda terfikir untuk menyediakan hidangan yang mudah untuk keluarga anda, anda berada di tempat yang betul dan teruskan membaca kerana berikut adalah beberapa idea untuk memberi inspirasi kepada anda untuk menyediakan hidangan sayur-sayuran yang mudah, cepat, berkhasiat dan lazat.

 

1. Sayur Campur 'Rasa Sifu'
 

Sayur Campur


 

Sayur Campur 'Rasa Sifu' adalah hidangan sayuran campuran yang mudah dan hanya menggunakan beberapa sayur-sayuran seperti brokoli, lobak merah, kubis bunga dan sebagainya. Sayur-sayuran campuran yang berwarna-warni dan enak bakal menarik minat orang untuk mencubanya terutamanya kanak-kanak. Resipi ini sangat mudah, cepat dan lazat apabila ditambah pula dengan penambah perasa semua dalam satu Rasa Sifu™. Anda hanya perlu tumis udang dan campurkan semua sayur-sayuran ke dalam kuali.
 

2. Sayur Campur Berkuah Lada Hitam
 

Sayur


Anda mahu sesuatu yang berkuah, enak, mudah dan penuh dengan nutrien? Sayur Campur Berkuah Lada Hitam adalah jawapan yang anda cari. Ianya adalah hidangan gaya restoran ringkas yang boleh anda sediakan di rumah apabila anda mempunyai hari yang sibuk. Hanya menggunakan sayur seperti bayam, lobak merah, Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® dan isi ayam yang direbus untuk dijadikan hidangan berasaskan sup. Ia adalah hidangan yang enak penuh dengan nutrien untuk seisi keluarga.


3. Peria Goreng Telur
 

peria goreng


Peria adalah sayur yang padat dengan nutrien terutamanya vitamin C yang boleh mencegah penyakit dan penyembuhan luka; ia juga tinggi dengan vitamin A, iaitu vitamin larut lemak yang menggalakkan kesihatan kulit dan penglihatan yang baik [2].


Peria Goreng Telur adalah hidangan yang dapat disediakan dengan mudah dan boleh disediakan dalam masa yang singkat. Proses penyediaannya adalah dengan panaskan kuali kemudian tumis bawang merah dan tambah peria, serbuk kunyit dan telur.
Dengan kaedah memasak yang bijak ini, kini anda dapat menjamu ahli keluarga anda untuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan menjimatkan lebih banyak masa di dapur.


Lihat lebih banyak resipi di pautan di bawah hari ini.
https://www.ajinomoto.com.my/bm/resipi  

 

Rujukan:


[1] National Library of Medicine https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/28758956/#:~:text=Dietary%20intake%20was%20assessed%20using,%25)%20and%20vegetables%20(15.8%25)


[2] Nutrition health line
https://www.healthline.com/nutrition/bitter-melon#TOC_TITLE_HDR_2