Sayur Campur 'Rasa Sifu'


5 orang


Cubalah resepi Sayur Campur ‘Rasa Sifu’ dengan kemanisan tiram dan aroma ‘wok’. Tidak perlu bahan perasa yang lain cukup dengan Rasa Sifu™, Penambah Perasa Semua Dalam Satu. Sudah semestinya lebih sihat dan melazatkan hidangan harian anda.

1 ½ tbsp | Minyak Masak |
2 biji | Bawang Merah, dihiris tebal |
2 ulas | Bawang Putih, dihiris nipis |
80 g | Udang, dibersihkan |
80 g | Lobak Merah, dihiris serong |
80 g | Jagung Muda, dihiris serong |
80 g | Kubis Bunga |
180 g | Brokoli |
5 sudu besar | Air |
1 sudu besar | Rasa Sifu™ Penambah Perisa Semua Dalam Satu |

- Panaskan minyak masak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan udang dan kacau goreng seketika.
- Masukkan lobak merah dan jagung muda. Kacau goreng sehingga separuh masak.
- Masukkan kubis bunga, brokoli dan air. Kacau goreng sebentar.
- Perasakan dengan Rasa Sifu™ dan kacau rata.
- Sedia untuk dihidang.


