Telur Dadar Kubis
15 minit
5 hidangan

Resipi Telur Dadar Kubis yang sedap dan mudah. Tidak memerlukan bahan masakan yang banyak dan sesuai dihidangkan untuk makan tengahari atau makan malam. Semua pasti menyukainya.

| 4 biji | Telur saiz A |
| 60 g | Kubis, dicincang |
| 2 helai | Daun bawang, dihiris |
| 1 sudu kecil | Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu |
| Secukupnya | Minyak masak |

- Campurkan telur, kubis dan daun bawang.
- Perasakan dengan Rasa Sifu™, gaul rata. Ketepikan.
- Panaskan minyak masak, tuangkan campuran telur ke dalam kuali.
- Masak sehingga bahagian bawahnya garing dan keperangan. Terbalikkan dan biarkan masak sehingga garing dan keperangan.
- Sedia untuk dihidang.



