Resepi Kobis Goreng Telur

15 minit

5 Hidangan


Resepi Kobis Goreng Telur adalah menu sayur kobis yang enak dan sihat. Ia sesuai untuk mereka yang bekerja kerana ianya cepat dan mudah untuk disediakan

3 sudu besar | Minyak masak |
1 biji | Bawang merah, dihiris |
2 ulas | Bawang putih, dihiris |
250 g | Kubis, dipotong besar |
80 g | Lobak merah, dipotong mancis |
½ biji | Cili merah, dipotong serong |
4 biji | Telur, dipukul |
2 sudu kecil | Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu |

- Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang sehingga naik bau.
- Masukkan lobak merah dan kacau goreng sehingga hampir masak.
- Masukkan kubis dan cili merah, kacau goreng sehingga hampir masak.
- Tolak kubis ke bahagian tepi kuali, masukkan telur yang telah dipukul.
- Biarkan telur separuh masak kemudian gaul rata.
- Perasakan dengan Rasa Sifu™ dan gaul rata.
- Sedia untuk dihidangkan.


