Resipi Sarapan Pagi yang Mudah dan Popular untuk dicuba Hujung Minggu Ini!


Sarapan adalah waktu makan yang penting untuk menjalani kehidupan seharian. Ramai orang mengambil masa yang lebih lama untuk memasak pada waktu pagi kerana mereka tidak tahu bagaimana cara yang cepat, mudah lagi lazat untuk menyediakan sarapan. Jika anda mencari beberapa idea baru dan mudah untuk sarapan pagi, simpan senarai resipi ini!

 

1. Cucur Udang

 

 

Mulakan hari anda dengan hidangan  cucur udang  rangup! Ini adalah hidangan popular di Malaysia, Singapura dan juga Indonesia. Resipi ini sangat mudah untuk disediakan. Ia hanya mengunakan beberapa bahan yang kemungkinan besar sudah ada di dapur anda, selebihnya hanya perlu campur dan gorengkannya! Adunan cucur yang rangup ini menggunakan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur, udang, bawang merah dan kemudian goreng.

 

2. Rendang Ayam Klasik

 

 

Rendang Ayam Klasik adalah hidangan tradisional yang berasal dari Indonesia tetapi ia sangat popular dan digemari masyarakat di Malaysia. Ia adalah hidangan seperti kari di mana ketulan ayam dimasak dengan santan dan sejumlah rempah utama seperti serai, kunyit, lengkuas dan bawang putih. Hidangan ini dimasak untuk tempoh masa yang lama untuk melembutkan daging. Bahan rahsia kami dalam menjadikannya lebih berperisa adalah dengan mencampurkan Perencah Pati Ayam TUMIX. Rendang Ayam telah menjadi salah satu hidangan yang paling popular di Malaysia kerana ia boleh bertahan untuk tempoh masa yang lebih lama. Selain dihidangkan semasa majlis-majlis khas dan perayaan tetapi ia juga merupakan antara menu sarapan yang sangat popular kerana ia boleh dihidang dengan pelbagai menu kegemaran rakyat Malaysia yang lain seperti Nasi Lemak

 

3. Ayam Goreng Rangup Pedas

 

Ayam

 

Mulakan hari anda dengan hidangan protein tinggi yang akan membuat anda kenyang sepanjang hari. Cubalah Ayam Goreng Pedas untuk pagi kaya dengan protein! Idea sarapan dengan ayam goreng telah wujud selama bertahun-tahun, ia digemari oleh ramai kerana kerangupan, dan kelembutan isi ayam itu sendiri. Proses membuat Ayam Goreng Pedas sangat mudah. Ia bermula dengan memotong ayam menjadi ketulan kecil. Proses ini adalah untuk mengurangkan masa memasak yang menjadikannya lebih efisyen untuk memasak jumlah makanan yang lebih banyak. Seterusnya, kepingan ayam dicelup dalam Tepung Goreng (Pedas) SERI-AJI® yang diadun dengan air sejuk sebelum digoreng dalam minyak panas.

 

4. Nasi Lemak

 

 

Kehidupan rakyat Malaysia atau mereka yang melawat Malaysia tidak lengkap tanpa merasai Nasi Lemak. Nasi Lemak  adalah hidangan Popular Malaysia yang sering dimakan pada bila-bila masa sahaja. Nasi lemak adalah hidangan yang mudah disediakan di rumah kerana ia tidak memerlukan banyak bahan. Nasi yang dimasak dalam santan dan daun pandan, dihidangkan dengan telur rebus, ikan bilis goreng, hirisan timun dan kacang goreng bersama sambal tumis. Perkara terbaik tentang hidangan ini adalah kerana ia boleh diolah dengan menambah ayam goreng atau meningkatkan pedas sambal mengikut keinginan anda. Dengan penggunaan Penambah Perasa Umami AJI-NO-MOTO® menyempurnakan lagi hidangan ini.

 

5. Telur Dadar

 


Antara sebab hidangan Telur Dadar ini popular adalah kerana rasa, penyediaan yang mudah, dan serba boleh. Telur Dadar adalah makanan sarapan yang sempurna untuk meraka yang menjalani kehidupan yang sibuk. Ia biasanya terdiri daripada telur yang digabungkan dengan beberapa jenis sayur-sayuran dan kemudian dimasak dalam kuali dengan minyak atau mentega. Telur diadun bersama bahan lain untuk menjadikannya lebih lembut. Resipi Telur Dadar kami boleh disediakan dalam beberapa minit dan ditingkatkan lagi dengan penggunaan SERI-AJI® Perasa Nasi Goreng Berperisa Ikan Bilis. Bahan-bahan berkualiti tinggi yang membezakan dengan hidangan ini dan bukan sahaja mudah untuk disediakan tetapi juga sihat dan mengandungi banyak nutrien yang boleh memberikan badan dan otak anda tenaga pada siang hari. Cubalah sendiri dan anda akan menyukainya!