Nasi Lemak

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi

To watch the cooking video, please click

Resepi Nasi Lemak yang mudah dan cepat ini pasti menjadi kegemaran anda kerana lengkap dengan cara penyediaan nasi yang ringkas dan sambal tumis yang cukup rasa.

Cadangan Hidangan: 4 – 5 orang
Untuk menonton video memasak, sila klik sini

Bahan-Bahan: Nasi
550 g | Beras |
500 ml | Air |
1 sudu kecil | Garam |
200 ml | Santan |
2 helai | Daun pandan, disimpul |
½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
100 g | Timun, dihiris |
3 biji | Telur, direbus dan dibelah dua |
50 g | Ikan bilis, digoreng |
50 g | Kacang tanah, digoreng |
Cara menyediakan
- Masukkan beras, air, garam, santan, daun pandan dan AJI-NO-MOTO® ke dalam periuk nasi dan biarkan sehingga masak.
Bahan-bahan: Sambal
1 sudu besar | Pes asam jawa |
300 ml | Air panas |
2 sudu kecil | Garam |
4 sudu besar | Gula |
1 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
5 biji | Bawang merah, dihiris |
Bahan-bahan A: dikisar halus (Sambal)
¾ cawan | Minyak masak |
40 g | Cili kering, dipotong, dibuang biji dan direbus |
3 biji | Bawang besar |
3 biji | Bawang merah |
3 ulas | Bawang putih |
5 g | Belacan |

1.
Panaskan kuali leper dan tumis bahan-bahan (A) sehingga terbit minyak.
2.
Masukkan asam jawa yang telah dicampurkan dengan air dan kacau rata.
3.
Masukkan AJI-NO-MOTO®, gula dan garam.
4.
Renehkan selama 15 minit.
5.
Masukkan bawang merah dan kacau sehingga layu.
6.
Hidangkan nasi bersama sambal, telur rebus, timun, kacang dan ikan bilis.
Disqus comment