Udang Masak ‘Butter’



Resepi Udang Goreng Mentega adalah resepi udang yang popular yang menggunakan sedikit bahan tetapi mengeluarkan banyak rasa. Hidangan ini amat menyelerakan dan ianya boleh didapati di banyak restoran di Malaysia.
Resepi udang butter ini dimasak dengan menggoreng udang yang diperapkan bersama bahan perasa dan lada sulah. Kemudiannya, dimasak bersama sos campuran mentega, bawang putih dan merah, daun kari, dan susu sejat.

Bahan-bahan:
Sarang telur | |
6 biji | Telur kuning |
1 sudu teh | AJI-NO-MOTO® |
½ sudu teh | Serbuk lada sulah |
250 gm | Mentega |
200 gm | Minyak masak |
Memerap udang
24 ekor udang saiz | Sederhana besar (dibersihkan) |
1¼ sudu teh | Garam halus |
1 sudu teh/secukupnya | Lada sulah |
2½ sudu teh | AJI-NO-MOTO® |
Menggoreng udang
1.5 L | Minyak masak |
10 biji | Bawang merah kecil (dikisar halus) |
4 biji | Bawang putih (dikisar halus) |
1 batang | Serai (diracik halus) |
10 biji | Cili padi (dihiris halus) |
6 tangkai | Daun kari |
Sedikit | Mentega (untuk menumis) |
½ cawan | Susu cair (evaporated milk) |
Sedikit | Garam dan lada sulah |
2½ sudu teh | AJI-NO-MOTO® (untuk menggoreng) |

- Mula-mula panaskan kuali (sederhana panas), masukkan minyak bersama mentega. Gaulkan pusingan jam secara laju.
- Pukulkan Kuning telur sehingga sedikit hancur bersama AJI-NO-MOTO® dan serbuk lada sulah.
- Selepas itu, tuangkan kuning telur ke dalam minyak panas secara meninggi tipis sehingga habis.
- Minyak dan mentega tadi perlu dikacau terus menerus supaya telur menjadi seperti benang nipis kuning. Tos dan ketepikan.
- Perapkan udang dengan garam sulah dan AJI-NO-MOTO®.
- Kemudian, panaskan minyak untuk menggoreng dalam kuali.
- Goreng udang sebentar dan jangan biarkan mengecut.
- Angkat dan toskan.
- Panaskan sedikit mentega, tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari dan serai sehingga garing dan naik aroma.
- Tuangkan susu cair dan masak hingga mendidih sebentar.
- Masukkan udang yang telah digoreng tadi bersama garam, lada sulah dan AJI-NO-MOTO®.
- Gaulkan sos susu dengan udang sehingga rata. Masukkan ke dalam pinggan lebar.
- Akhir sekali taburkan sarang telur di atas udang. Hidangkan.


