Rempeyek

Product Used for the Recipe


Rempeyek

Cadangan hidangan: 4-5 orang

Bahan-bahan:
100 g | SERI-AJI® Tepung Goreng Berempah |
20 g | Tepung beras |
½ sudu kecil | Serbuk ketumbar |
¼ sudu kecil | Serbuk jintan manis |
¼ sudu kecil | Serbuk jintan putih |
100 ml | Santan |
200 ml | Air |
1 sudu kecil | Air kapur |
1 biji | Telur |
150 g | Kacang tanah, disangai |
150 g | Ikan bilis, dibasuh dan dikeringkan |
Secukupnya | Minyak masak |

1.
Satukan SERI-AJI® Tepung Goreng Berempah bersama tepung beras, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. Gaul sebati.
2.
Masukkan santan, air, air kapur dan telur. Gaul sebati.
3.
Panaskan minyak masak dengan api perlahan dan celup acuan seketika.
4.
Letakkan 1 sudu kecil bancuhan tepung di atas acuan.
5.
Masukkan sedikit kacang dan ikan bilis.
6.
Masukkan acuan di dalam minyak panas. Tunggu sehingga rempeyek tertanggal dari acuan. Goreng sehingga keperangan.
7.
Ulang sehingga bancuhan habis.
8.
Sedia untuk dihidang.
Disqus comment