Are you a member yet?

Be part of this
exciting club for
more cooking tips
and activities for FREE!

Sambal Goreng Jawa

Cadangan hidangan: 8-10 orang

Bahan-bahan:
1 cawan Minyak masak
½ sudu besar Asam jawa, dibancuh bersama sedikit air
½ sudu besar Kicap manis
1 ½ sudu besar Rasa SifuTM Penambah Perisa Semua Dalam Satu
200 g Lobak merah, dibelah dua memanjang dan dihiris nipis
12 ekor Udang, dibersihkan
200 g Kacang panjang, dipotong memanjang
1 keping Tempe, dipotong nipis dan digoreng
2 biji Tauhu, dipotong nipis dan digoreng
200 g Kentang, dipotong kecil dan digoreng
50 g Suhun, direndam sehingga lembut
1 keping Fucuk, direndam sehingga lembut
Bahan-bahan A: dikisar
3 biji Bawang merah
2 ulas Bawang putih
10 tangkai Cili kering, direbus
1 inci Halia
1 batang Serai, dipotong kasar
5 g Udang kering
½ cawan Air
Method

1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar (A) sehingga wangi dan pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa, kicap manis dan Rasa SifuTM. Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan lobak merah dan kacau sehingga lembut.
4. Masukkan udang dan kacang panjang, gaul sehingga udang masak.
5. Campurgaulkan sehingga sekata bersama tempe, tauhu, kentang, suhun dan fucuk.
6. Sedia untuk dihidang.

 

Share this article