Ajinomoto (M) Bhd menyertai usaha untuk membantu rumah warga emas dan kanak-kanak yang menghadapi waktu sukar akibat pandemik Covid-19

Ajinomoto (M) Bhd joins efforts to help elderly and children’s  homes facing hard times caused by Covid-19 pandemic

KUALA LUMPUR – Disaat sukar untuk mendapatkan sumbangan dalam membantu mengekalkan rumah-rumah orang tua dan kanak-kanak berikutan kelembapan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik Covid-19, pengeluar makanan dan perasa Ajinomoto (M) Bhd (Syarikat Ajinomoto) telah menyertai senarai penderma sedia ada untuk membantu meringankan beban dengan menyumbang kepada bank makanan bagi rumah-rumah tersebut.

Dan syarikat itu telah menjadikan sumbangan ini sebagai projek amal pertamanya untuk tahun baharu di bawah Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV), yang merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan kesihatan yang lebih baik dan kesejahteraan di dalam sektor masyarakat yang memerlukan serta kurang bernasib baik.

“Kami memahami rumah-rumah tersebut telah melalui saat yang sukar ketika pandemik Covid-19 ini, dan kami gembira kerana dapat memainkan peranan dalam membantu meringankan kesusahan beberapa buah rumah,” Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran Syarikat Ajinomoto Noriko Saito berkata.

Beliau berkata ketika berada di majlis pada hari ini bagi menyampaikan wang tunai dan Produk Ajinomoto berjumlah RM20,000 kepada Persatuan Kebajikan Rainbow Bridge Malaysia untuk disalurkan ke 23 buah rumah di Lembah Klang melalui bank makanan Rainbow Bridge.

Antara rumah-rumah orang tua dan kanak-kanak serta rumah-rumah untuk banduan berkeperluan khas yang akan mendapat manfaat daripada sumbangan tersebut adalah: Rumah Kebajikan Wargamas Charis Shah Alam, Rumah Orang Tua AiYiDe, Persatuan Rumah Kebajikan Kanak-kanak Lighthouse, Rumah Titian Kaseh, Persatuan Kebajikan Kanak- kanak Akal Tercacat dan House of Joy.

Penyampaian itu telah diadakan di Rumah Titian Kaseh (Asrama Putera), rumah perlindungan kanak-kanak di Taman Duta, Kuala Lumpur yang menempatkan 50 kanak-kanak lelaki berumur antara 6 hingga 18 tahun.

Saito berkata Syarikat Ajinomoto bekerjasama dengan Rainbow Bridge bagi menyalurkan bantuannya kepada rumah-rumah tersebut kerana Rainbow Bridge ialah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang membantu rumah-rumah untuk golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik serta mempunyai rangkaian untuk disampaikan ke rumah-rumah tersebut.

"Sumbangan kami pada hari ini kepada rumah-rumah tersebut bukanlah yang terakhir," tambah Saito.

Naib pengerusi Rainbow Bridge Mervin Mohan Appana, yang menerima penyampaian daripada Saito, berkata sumbangan Syarikat Ajinomoto akan membantu ke arah program milik organisasi berkaitan makanan kepada rumah-rumah berkenaan.

“Kami bersyukur kerana Syarikat Ajinomoto telah menyertai senarai penderma korporat dan individu bagi membantu rumah-rumah ini, dan kami berharap Syarikat Ajinomoto akan terus memainkan peranan dalam usaha bersama kami untuk memastikan ketersediaan makanan dan khasiat yang mencukupi untuk penghuni rumah-rumah berkenaan, ” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mr. Meor / Ms. Cindy di talian +60-3-7980 6958 (Ext 264 / 439) atau meor@ajikl.com.my  / liting@ajikl.com.my

Siaran Akhbar