Hidangan Seimbang yang Berkhasiat dan Lazat untuk Gaya Hidup Sihat

Nutritious and Delicious Balanced Meals for a Healthy Lifestyle

Pemakanan sihat adalah penting untuk mengekalkan kesihatan. Diet yang sihat bermakna menikmati gabungan makanan yang berkhasiat: buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, protein tanpa lemak dan lemak baik. Sukar untuk memakan makanan yang berkhasiat apabila kita sibuk dengan kehidupan dan daya tarikan makanan ringan yang diproses dan minuman manis adalah kuat. Namun, pemakanan sihat tidak semestinya rumit atau mengambil masa. Terdapat pelbagai hidangan yang mudah, lazat dan berkhasiat untuk dicuba.

 

Apa itu pemakanan seimbang?

Pemakanan seimbangmemberikan tubuh anda nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Ini termasuk nutrien yang besar seperti protein, karbohidrat dan lemak, dan kecil seperti vitamin dan mineral. Hidangan seimbangboleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat, mengurangkan risiko penyakit dan membuatkan anda berasa sihat.

 

Mengenali Kumpulan Makanan Utama

Kumpulan makanan merupakan asas diet yang baik, kerana ia menyediakan keperluan bagi kesihatan yang terbaik. Kita akan mengenali kumpulan-kumpulan ini.

  1. Buah-buahan dan Sayur-sayuran: Ia diperkaya dengan vitamin, mineral, serat, dan kandungan yang baik dikenali sebagai antioksidan. Ia menyediakan vitamin C, kalium, dan folat yang menjadikan kita sihat.
  2. Bijirin: Ia memberikan tenaga kepada badan kita. Terdapat dua jenis: bijirin penuh, diperkaya dengan bahan yang baik seperti serat dan vitamin, dan bijirin ditapis, yang kurang mengandungi bahan baik kerana ia telah diproses.
  3. Protein: Protein membantu dalam tumbesaran, pembaikan dan pengekalan tubuh yang berfungsi. Ia terkandung dalam pelbagai jenis makanan, seperti daging, telur dan kekacang. Protein yang sihat mempunyai kadar lemak tidak sihat yang rendah.
  4. Tenusu atau Alternatif Tenusu: Produk seperti susu dan yogurt mengandungi kalsium dan vitamin D, menjadikan tulang dan gigi kita kuat. Jika anda tidak boleh memakan produk tenusu, terdapat pilihan lain seperti susu badam dan yogurt soya.
  5. Lemak dan Minyak: Kita memerlukan sedikit lemak untuk otak, hormon dan vitamin. Lemak yang sihat wujud dalam alpukat, kacang, biji, dan minyak zaitun. Lemak yang tidak sihat terkandung dalam makanan bergoreng dan makanan ringan.

Kuantiti yang tepat bagi setiap kumpulan makanan bergantung kepada anda, seperti faktor umur dan tahap kecergasan. Sebagai petua umum, cuba megisi separuh pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, seperempat dengan bijirin, dan seperempat lagi dengan protein. Tambahkan sedikit tenusu juga.

 

Diet Seimbang untuk Kumpulan Individu yang Aktif

Resipi individu aktif Ajinomoto bagus untuk individu aktif yang menginginkan diet seimbang untuk membina otot. Makanan berkualiti tinggi dan kaya protein boleh meningkatkan diet anda dan membantu anda membina otot. Ia bukan sahaja sihat, malah enak juga. Misi Ajinomoto adalah untuk membantu anda menjadi sihat dan mencapai matlamat kecergasan anda dengan makanan yang lazat.