AJI-NO-MOTO® Memupuk Pengambilan Sayuran dan Protein dengan Watak Baharu 'Pak AJI'

picture

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2019 – Tabiat pemakanan sihat adalah penting untuk mencegah penyakit dan kekal sihat. Akan tetapi, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mendapatkan sayur-sayuran yang mencukupi walaupun mengetahui khasiatnya.

Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) telah mengambil langkah dengan memperkenalkan sebuah video komunikasi baharu dengan seorang watak yang dipanggil “Pak AJI”, simbolik kepada jenama produk AJI-NO-MOTO®. Video komunikasi yang seronok dan menarik ini memaparkan “Pak AJI” mengilhamkan para ibu untuk memasak lauk sayur “Campur, Campur, Siap!” yang mudah, cepat, berkhasiat dan sedap dalam memupuk tabiat pemakanan yang sihat.

“Pak AJI” adalah pembantu terbaik kepada para ibu kerana beliau dipercayai dapat menjadikan masakan lebih sedap. Dalam video komunikasi ini, “Pak AJI” bersama ibu yang bijak dan ceria sedang memasak “Sayur Campur Labu” dengan menambah ayam sebagai sumber protein. Ini dapat menarik perhatian dan meningkatkan keinginan kanak-kanak untuk makan lebih banyak sayuran.

Selain menjadi tukang masak yang hebat dan menjadikan makanan lebih sedap, “Pak AJI” adalah seorang watak girang dan bertenaga yang mengujakan serta menggalakkan kanak-kanak untuk belajar menyediakan makanan sihat bersama ibu bapa mereka.

Ikatan kekeluargaan terjalin mesra dan menjadi lebih kukuh dalam masa yang sama dapat memupuk tabiat pemakanan sihat melalui masak dengan bijak ilham daripada”Pak AJI”.

Siaran Akhbar