Ajinomoto Bio-Pharma Services Di Barisan Hadapan Pengeluaran Ubat-ubatan Termaju

Meningkatkan Kesihatan Manusia

Penglibatan Ajinomoto Co., Inc dengan bidang perubatan tidaklah begitu menghairankan. Asid amino merupakan komponen teras dalam bidang perubatan dan sains molekular, dan kami telah mula mengeluarkan bahan terbitan asid animo untuk kegunaan terapeutik lebih daripada 30 tahun yang lalu. Tetapi usaha untuk memberikan sumbangan yang besar dalam pendekatan perubatan zaman ini yang membawa perubahan mendadak memerlukan tahap kepakaran, teknologi dan dedikasi yang luar biasa.

picture

Ajinomoto Bio-Pharma Services (Aji Bio-Pharma) merupakan organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak untuk industri biofarmaseutikal yang mewakili semua perkara ini. Aji Bio-Pharma mencipta dan mengeluarkan ubat-ubatan merentasi seluruh spektrum kegunaan, daripada pembangunan praklinikal molekul itu sendiri dalam fasa praklinikal, ke pengeluaran skala kecil dalam ujian klinikal, sehinggalah pengeluaran penuh untuk semua orang yang memerlukannya selepas ubat tersebut telah diuji dan diluluskan.

AJICAP™: Di Titik Termaju Rawatan Kanser

Salah satu teknologi termaju yang paling mengujakan yang ditawarkan oleh Ajinomoto Co. dan Aji Bio-Pharma dinamakan AJICAP™.

Untuk memahami AJICAP™, anda perlu terlebih dahulu mengetahui serba sedikit tentang “ubat-ubatan biologik” dan sebab ia semakin menjadi pendekatan rawatan yang lazim untuk penghidap kanser.

Baca Selanjutnya

Siaran Akhbar