Ajinomoto (M) Berhad telah Menerima dan Melaksanakan Perjanjian Pembiayaan Islamik Berkaitan Kelestarian Sehingga RM100 Juta

KUALA LUMPUR, 15hb Disember 2020 – Bagi memudahkan pembinaan kilang baharu yang terletak di Techpark@Enstek, Bandar Baru Enstek, Daerah Seremban, Negeri Sembilan, serta mematuhi pembangunan industri yang mesra alam, Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad ('AMB') ingin mengumumkan bahawa pada 15 Disember 2020, Syarikat tersebut telah menerima dan melaksanakan Perjanjian Pembiayaan Islamik Berkaitan Kelestarian dengan jumlah pokok sehingga RM100 juta dengan MUFG Bank (Malaysia) Berhad ('MUFG').

Kemudahan pembiayaan ini ditawarkan pada tempoh lima (5) tahun bagi memenuhi sasaran prestasi kelestarian yang mematuhi Prinsip Pinjaman Berkaitan Kelestarian yang dikeluarkan oleh Persatuan Pasaran Pinjaman (LMA) dan Persatuan Pasaran Pinjaman Asia Pasifik (APLMA) serta ditafsirkan agar selaras dengan prinsip pembiayaan Syariah. Sasaran prestasi kelestarian merangkumi, namun tidak terhad pada pengurangan Intensiti Pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG).

Fungsi kemudahan Islamik Berkaitan Kelestarian bagi CAPEX mengesahkan secara dinamik bahawa tindakan AMB dalam Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dinilai dengan tinggi oleh MUFG. Pembiayaan ESG ini adalah kaedah yang baik bagi mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang amat digalakkan di peringkat global dan selaras dengan sentimen yang menjadi trend berikutan Persidangan Kemuncak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) pada tahun 2015.

Selain itu, sasaran AMB bagi prestasi kelestarian kemudahan ini merangkumi pengurangan sebanyak 30% dalam pelepasan GHG dari tahun kewangan berakhir 31 Mac 2019 hingga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026. Hal demikian selaras dengan sasaran yang dinyatakan oleh Ajinomoto Jepun dalam Buku Data Kelestarian bahawa sasaran kemudahan ini adalah menurut sasaran global.

AMB telah menerima status "Senarai Putih" daripada JAKIM sebagai pengiktirafan atas komitmen penuh terhadap keperluan dan syarat pensijilan Halal Malaysia. Oleh itu,

pembiayaan akan dilakukan di bawah skim pembiayaan Islamik yang memenuhi tujuan patuh Syariah. Kemudahan pembiayaan ESG dapat meningkatkan pertumbuhan lestari AMB bagi mendatangkan prospek masa hadapan yang lebih baik, yang turut menguntungkan semua pihak berkepentingan.